UMNO Parti Demokratik, Asalkan Penuhi Syarat, Ahli Layak Bertanding Apa Sahaja Jawatan – Isham

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan UMNO akan meminda Perlembagaan agar jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Meluahkan kekesalannya, beliau berkata ianya sengaja dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menggambarkan UMNO sebuah parti tidak demokratik. “Ada berita mengatakan bahawa ada pindaan Perlembagaan UMNO supaya jawatan Presiden dan Timbalan tidak […]

» Read more

Suruhanjaya Undang-Undang, Pasukan Petugas Khas Antara Perkara Ingin Diketengah Azalina

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Cadangan penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang di Malaysia dan Pasukan Petugas Khas berkaitan Reformasi Institusi adalah antara perkara yang akan diketengah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata Suruhanjaya Undang-Undang yang berdiri sendiri serta bebas daripada Jabatan Peguam Negara akan membolehkan ia terlibat dengan spektrum bakat yang […]

» Read more

Terus Bawa Obor Perjuangan UMNO, Demi Penyatuan Dan Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Julisah Mohamad Isah menyeru ahli parti untuk terus bersatu padu memandang ke hadapan demi kelangsungan parti pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, ini kerana perjuangan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu dipertahankan secara berterusan bagi membawa agenda mempertahan agama, bangsa dan negara. “Mari kita bersepadu dalam kalangan ahli parti, ini […]

» Read more

Melaka Bentang Bajet 2023 Berjumlah RM537.43 Juta

MELAKA, 12 Dis – Kerajaan negeri Melaka hari ini membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM537.53 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata daripada jumlah itu perbelanjaan mengurus berjumlah RM455.43 juta membabitkan RM11.56 juta tanggungan dan RM443.86 juta bagi bekalan. Manakala perbelanjaan pembangunan pula membabitkan RM82 juta, merangkumi RM58.36 juta sumber hasil negeri, […]

» Read more

Melaka Sasar Tiga Projek Usaha Sama, Pastikan Anak Syarikat Capai Keuntungan 20 Peratus

MELAKA, 12 Dis – Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dari dalam dan luar negara dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sasaran itu dalam usaha memastikan bilangan anak syarikat kerajaan negeri yang mencatatkan keuntungan pada kadar 20 peratus […]

» Read more

Perhimpunan Agung: UMNO Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Dis – UMNO akan menerima apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia dapat memperkukuhkan parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata ini memandangkan keutamaan parti sekarang adalah untuk merapatkan saf dalam kalangan pemimpin dan parti setelah “terpukul dengan kuatnya” pada […]

» Read more

Politik Sabah : Beza UMNO Dengan Bersatu – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat apa yang berlaku terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah semalam hampir sama menyerupai peristiwa yang melanda UMNO dan Barisan Nasional (BN) pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Menurut beliau pada waktu itu, 21 Ketua UMNO bahagian melompat masuk Bersatu […]

» Read more

Keputusan Bijak PPBM Sabah Keluar Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah meninggalkan parti itu sebagai keputusan paling tepat. Menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan yang diambil oleh Bersatu Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor adalah satu tindakan yang sukar. “Keputusan […]

» Read more

Projek LCS Diteruskan – Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 10 Dis – Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan diteruskan namun memerlukan penelitian semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, beliau akan diberikan taklimat berkaitan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. “Saya akan mendapatkan taklimat (LCS) berkenaan daripada pihak berkaitan agar saya boleh benar-benar melihat latar belakang dan apa isunya. “Kita akan pastikan supaya kapal-kapal (LCS) ini […]

» Read more

Abdul Rahman Akan Berikan Sepenuh Tenaga, Pemikiran Pacu Kejayaan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kepercayaan oleh parti Barisan Nasional (BN) terutamanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi parti atas tanggungjawab yang telah diberikan. Katanya, tidak ketinggalan juga sekalung penghargaan tertinggi juga diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas […]

» Read more
1 768 769 770 771 772 1,911