Keputusan Bijak PPBM Sabah Keluar Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah meninggalkan parti itu sebagai keputusan paling tepat.

Menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan yang diambil oleh Bersatu Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor adalah satu tindakan yang sukar.

“Keputusan yang tepat diambil oleh pemimpin-pemimpin Sabah.

“Keputusan yang sukar namun tetap dilakukan demi masa depan negeri dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Terdahulu Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor membuat pengumuman hari ini setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Keputusan itu juga adalah atas dasar Bersatu Sabah tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo, kerana di peringkat Persekutuan, parti Bersatu adalah pembangkang manakala GRS menyokong Kerajaan Perpaduan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.