Terus Bawa Obor Perjuangan UMNO, Demi Penyatuan Dan Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Julisah Mohamad Isah menyeru ahli parti untuk terus bersatu padu memandang ke hadapan demi kelangsungan parti pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, ini kerana perjuangan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu dipertahankan secara berterusan bagi membawa agenda mempertahan agama, bangsa dan negara.

“Mari kita bersepadu dalam kalangan ahli parti, ini penting bagi memastikan perjuangan yang dibawa oleh pejuang terdahulu terus dicakna dan didukung oleh generasi hari ini dan mendatang.

“Sebarang perbalahan perlu diketepikan demi kemakmuran dan penyatuan parti ini.

“Cabaran perlu dilalui sebaiknya, namun kebangkitan itu perlu bagi berterusan membawa obor perjuangan,” katanya ketika dihubungi UMNO Online. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.