Politik Sabah : Beza UMNO Dengan Bersatu – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat apa yang berlaku terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah semalam hampir sama menyerupai peristiwa yang melanda UMNO dan Barisan Nasional (BN) pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Menurut beliau pada waktu itu, 21 Ketua UMNO bahagian melompat masuk Bersatu dan hanya tiga ketua bahagian yang istiqamah. bersama parti dan meneruskan kesinambungan perjuangan di Sabah.

“Bila UMNO hilang kuasa di PRU ke 14, 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah melompat masuk Bersatu. Tinggal tiga orang istiqamah iaitu Datuk Seri Bung Mokhtar, Datuk Yaakub Khan dan Datuk Ramie Unggi.

“21 Bahagian itu dipangku oleh mereka yang baru termasuk dua Wanita. Apakah UMNO Sabah mati? UMNO Sabah bangkit semula dan menang PRK Kimanis dan PRN Sabah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi, itu maknanya UMNO Sabah berakar umbi dan mampu bangkit serta mendapat dokongan rakyat.

“Sekarang giliran Bersatu. Semua keluar Bersatu dan akan tubuh parti baru. Akan ada lagikah Bersatu di Sabah? Bersatu tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi UMNO yang lompat parti. Tanpa kuasa di kerajaan negeri, Bersatu bolehlah tutup kedai di Sabah,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.