Malaysia Komited Kerjasama Dengan JHCO Dan KCC Dalam Usaha Bantu Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Malaysia komited untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) dan Pusat Kanser Raja Hussein (KHCC) dalam usaha membantu rakyat Palestin pada masa kini dan akan datang. Demikian tegas Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan pendirian Malaysia yang terkesan terhadap kesengsaraan dihadapi oleh umat Islam Gaza yang pada ini masih lagi berhadapan dengan penindasan […]

» Read more

Program Jom Masuk Kampung Aplikasi Kebersamaan Santuni Masyarakat Setempat

JEMPOL, 11 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Program Jom Masuk Kampung KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang telah berlangsung pada Jumaat-Sabtu baru-baru ini. Katanya, aplikasi yang dilaksana menerusi program tersebut dapat memudahkan masyarakat berkaitan pelbagai info dan maklumat tepat khususnya isu-isu semasa yang berlegar dan tular […]

» Read more

Seharusnya Tiada Alasan Dalam Usaha Pelajari Bahasa Kebangsaan – Syauqi Ibnihajar

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad menyeru kepada seluruh pimpinan dan rakyat Malaysia tidak kira apa pun fahaman politik atau parti supaya terus memartabatkan bahasa Kebangsaan. Menurut beliau, masih banyak perbezaan ideologi dan jurang budaya di kalangan masyarakat tetapi dengan satu bahasa yang dituturkan oleh seluruh lapisan masyarakat boleh memupuk keharmonian masyarakat […]

» Read more

Noraini Santuni Ibu Bapa, Guru… Rasmikan PIBG SK Sri Medan

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad terus turun padang menyantuni rakyat melalui program-program berbentuk kemasyarakatan. Terbaharu, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berbesar hati menghadiri Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Medan di Batu Pahat, sekaligus merasmikan program berkenaan. Noraini menyifatkan PIBG sebagai medium […]

» Read more

Subsidi Diesel: Pemuda UMNO Saran Penarikan Dilakukan Secara Berkala

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menyarankan agar penarikan subsidi diesel dilakukan secara berkala dan bukanlah secara penuh seperti yang diumumkan. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi satu kenyataan berkata, pengumuman penarikan penuh subsidi diesel yang bermula pada hari ini telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada rakyat. “Pengumuman penarikan secara penuh subsidi diesel bermula hari ini telah […]

» Read more

Mesyuarat Tergempar D-8 Bukti Komitmen Jitu Malaysia Perjuang Isu Palestin

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) merupakan bukti kepada komitmen jitu Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah menyampaikan kenyataan Malaysia di mesyuarat tersebut antaranya menyeru agar negara-negara yang menganggotai D-8 menyokong gencatan senjata kekal. […]

» Read more

Mantapkan Gabungan Kuasa Dalam UMNO, Utamakan Survival Parti Depani PRN Sabah – Jeffery Nor

PUTATAN, 10 Jun – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata ahli-ahli UMNO perlu memantapkan gabungan kuasa dalam parti sendiri iaitu antara bahagian dengan gabungan sayap-sayapnya, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa dalaman parti perlu diperkukuh dengan menolak budaya cantas mencantas dan sabotaj di semua peringkat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) […]

» Read more

Kerjasama Bersama PH Demi Negara… Namun UMNO Terus Ditohmah ‘Ratib Songsang’ – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Tindakan sesetengah pihak yang melemparkan pelbagai tohmahan dan sehingga ke hari ini masih ‘meratib’ keputusan UMNO untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu bukan sahaja menimbulkan seribu satu persoalan malah memperlihatkan sikap hipokrit masing-masing. Pelbagai gelaran yang dilontarkan menyerlahkan sikap mereka kerana bukan sahaja UMNO yang telah bekerjasama dengan Pakatan […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau, Ahmad Maslan Tampil Jelaskan Isu Semasa

KUALA KRAU, 9 Jun – Penerangan UMNO Malaysia di bawah Ketuanya Datuk Seri Azalina Othman Said kini giat mengadakan Jelajah Penerangan UMNO (JPU) di seluruh negara. Bermula di Bahagian Jerantut pada bulan lalu untuk Negeri Pahang, petang tadi Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajah ketiganya bagi negeri itu di Kuala Krau. Bertempat di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, di sini, […]

» Read more

Kepelbagaian Pendekatan Penting Untuk Berdepan Pilihan Raya Akan Datang – Sulaiman

TANJONG KARANG, 9 Jun – Media memainkan peranan besar dalam usaha membantu parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak. Menurut beliau, pendekatan terkini yang digariskan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ‘blueprint’ kepada parti untuk langkah seterusnya. “Pendekatan serta hala tuju ini cukup penting […]

» Read more
1 757 758 759 760 761 2,282