UMNO Perlu Kesinambungan Sokongan Generasi Baharu – Azalina

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – UMNO sebagai sebuah parti Melayu terbesar memerlukan kesinambungan melalui sokongan daripada generasi baharu, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Kata beliau, kesinambungan tersebut penting bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya seterusnya kekal relevan dalam memenuhi cita rasa orang Melayu. “Kita harus menerima bahawa sebagai parti politik yang besar keahliannya, kesinambungan itu […]

» Read more

‘Senario Politik Handphone… Tuntut Akar Umbi Guna Formula Like, Komen Dan Share’ – Akmal

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan senario politik hari ini berkait rapat dengan sosial media. Menterjemahkannya sebagai politik handphone, beliau berkata like komen dan share sebagai formula untuk membawakan manifestasi prihatin pemimpin kepada rakyat. “Jadi apabila bercakap soal politik handphone ini bukan sahaja tengok baca WhatsApp itu sahaja. Tak! Malah bukan […]

» Read more

Dewan Merdeka Sebak, Ahmad Zahid Bacakan Puisi Khas Untuk Najib

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Dewan Merdeka tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2024 diselubungi kesedihan apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan puisi khas buat mantan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menerusi ucapan penggulungan, Ahmad Zahid pada akhir ucapannya, semalam beliau membacakan puisi khas bagi menggambarkan perasaannya untuk dikongsi bersama para perwakilan […]

» Read more

Parti, Agama Perkara Berbeza… UMNO Bertanggungjawab Jelaskan Kekeliruan – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – UMNO bertanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan di kalangan orang Melayu-Islam bahawa parti dan agama merupakan dua perkara yang berbeza. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak lawan terutamanya Pas/Perikatan Nasional (PN) acapkali memainkan isu 3R (agama, bangsa dan raja) untuk menyuntik kebencian rakyat terhadap UMNO. “UMNO perlu bertanggungjawab bagi menjelaskan kekeliruan di […]

» Read more

Kedinamikan Tidak Mengubah Hala Tuju UMNO – Johari

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Kedinamikan UMNO menyesuaikan parti dalam apa jua keadaan dan situasi politik langsung tidak mengubah hala tujunya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani. Ujarnya, orang Melayu pernah memerlukan UMNO pada satu ketika dahulu untuk menuntut kemerdekaan namun situasinya telah berubah pada masa kini. “Cuma ada satu perkara yang saya nak lontarkan kepada para perwakilan […]

» Read more

Presiden Seru Ahli UMNO Perkukuhkan Parti, Baiki Kelemahan Di Semua Peringkat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli UMNO harus memperkukuhkan parti di semua peringkat dan bersama berusaha memperbaiki kelemahan. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa parti harus melakukan perubahan dan menyantuni semua pengundi malah tidak ketinggalan juga mesti menguasai teknologi dalam komunikasi politik. “Perubahan dan pendekatan mesti dilakukan terutamanya dalam […]

» Read more

Pemuda UMNO Tubuh Jawatankuasa Pemantau Wakil Rakyat – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menubuhkan beberapa jawatankuasa yang telah dicadangkan semasa Persidangan Pemuda UMNO baru-baru ini. Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka menjelaskan jawatankuasa ini bagi memastikan setiap wakil rakyat dari Pemuda […]

» Read more

Kesepaduan Kunci Utama Kemenangan Di Nenggiri, Jadi Panduan Untuk Mahkota

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Kesepaduan yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Gua Musang di bawah kepimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah kunci utama Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Ujar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, apabila parti mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau […]

» Read more

Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Berganding Bahu Kekang Isu Kebejatan Sosial – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO harus mengorak langkah untuk tampil dengan usaha dan pelbagai program bagi mendepani isu-isu kebejatan sosial yang berlaku di negara ini. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mutakhir ini pelbagai masalah kebejatan sosial yang amat menyayat hati dan perkembangan itu membimbangkan masyarakat. “Dalam isu ‘cyber bully’ dan […]

» Read more

Jangan Biarkan Politik Batil Mendapat Tempat Di Hati Masyarakat – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan para pemimpin dan perwakilan untuk bekerja keras agar politik batil tidak mendapat tempat di hati rakyat. Ujarnya, tiada sesiapa pun dari kalangan pemimpin parti akan membiarkan Melayu menjunam dan Islam terancam selagi hayat UMNO masih ada. “Tiada apa yang perlu ditakutkan dan tiada siapa boleh menakut-nakutkan […]

» Read more
1 755 756 757 758 759 2,355