UMNO Perak Sokong Ahmad Zahid Kekal Presiden

IPOH, 16 Ogos – UMNO Perak sebulat suara mempertahankan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal sebagai Presiden Umno ketika banyak pihak melihat beliau perlu dipertanggungjawabkan atas kekalahan banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata keputusan itu berdasarkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang berlangsung […]

» Read more

Rakyat Akan Kembali Sokong UMNO/BN… Perlukan Langkah Pembuktian Kerajaan Perpaduan – Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Rakyat akan kembali menzahirkan sokongan mereka kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam tempoh jangka masa panjang dan ianya memerlukan Kerajaan Perpaduan membuktikan kecekapan mereka mentadbir negara. Pensyarah Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan keutuhan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di kawasan luar […]

» Read more

RM254.3 Juta Diperuntukkan Bagi Program Basmi Miskin Tegar Di Johor

JOHOR BAHRU, 16 Ogos – Sebanyak RM254.3 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan bagi melaksanakan Program-Program Pembasmian Miskin Tegar sepanjang tahun ini di Johor. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata atas inisiatif itu, pihaknya dimaklumkan jumlah miskin tegar di negeri ini telah turun daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Mac lepas kepada 3,270 KIR Ogos tahun ini. […]

» Read more

Bekas Adun Tanjung Bidara Meninggal Dunia Malam Tadi

MELAKA, 16 Ogos – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Ab Karim Sulaiman, 75, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Jeram, Masjid Tanah kerana sakit jantung pada 9.20 malam tadi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka Abdul Hakim Abdul Wahid berkata Allahyarham sebelum itu menerima rawatan selama lima hari di sebuah hospital swasta di Klebang sebelum dibenarkan pulang […]

» Read more

Pencapaian Lapan Bulan Kerajaan Perpaduan Kekalkan Tiga Negeri Memberangsangkan – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pencapaian Kerajaan Perpaduan untuk mengekalkan tiga negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu agak memberangsangkan meskipun baru mencapai usia lapan bulan mentadbir negara. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat dan realiti bahawa doktrinisasi atau propaganda mengenai Dap selama 58 tahun terlalu berjaya. “Saya rasa hakikat dan […]

» Read more

PRN Medan Kepada Ujian Pertama Untuk BN Dan PH – Azalina

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini adalah medan kepada ujian pertama untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Jelas beliau, ini kerana seperti diketahui bahawa kerjasama kedua-dua gabungan yang mempunyai ideologi berbeza ini membentuk kerajaan berdasarkan titah daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA). “Dalam perspektif yang pertama […]

» Read more

Kestabilan Politik Penting Untuk Teruskan Usaha Tingkat Ekonomi, Taraf Hidup Rakyat – Ahmad Maslan

PONTIAN, 16 Ogos – Kestabilan politik penting bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi negara dan juga menaik taraf kehidupan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang selesai baru-baru ini tidak mengubah apa yang berlaku di peringkat kerajaan persekutuan dan menambah bahawa kerajaan perpaduan masih stabil dan teguh. “Kestabilan […]

» Read more

Pasca-PRN: Kekalahan Dan Kelemahan Perlu Diambil Tanggungjawab Bersama – Mohd Rafi

LABUAN, 15 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan mengajak kepimpinan di semua peringkat dan ahli-ahli UMNO untuk terus sepakat, dengan mengakui kesilapan, terima kekalahan bersama, buat ‘post mortem’ dan sama-sama mencari semula keyakinan rakyat kepada UMNO selepas keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata […]

» Read more

UMNO Buat Post Mortem PRN Nilai Kelemahan

SERDANG, 15 Ogos – UMNO akan mengadakan post mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi yang ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lepas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mengulas desakan agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran keputusan PRN yang tidak menyebelahi […]

» Read more

SAPP Tiada ‘Moral Standing’ Untuk Nasihat Parti Lain Tidak Tanding PRN Sabah Akan Datang – Jeffrey

KOTA KINABALU, 15 Ogos – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee tidak mempunyai ‘moral standing’ untuk menasihatkan mana-mana pihak agar tidak bertanding mahupun melibatkan diri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata ini kerana Yong selaku ketua SAPP sendiri tidak mempunyai pendirian yang jelas. “Beliau (Yong) […]

» Read more
1 587 588 589 590 591 1,914