DUN Belia Perak Berperanan Lahir Pemimpin Pelapis

IPOH, 23 Ogos – Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak yang dijangka bersidang Disember ini merupakan platform membentuk dan melahirkan generasi pelapis untuk menyambung legasi pentadbiran khususnya di peringkat negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata peluang itu seharusnya digunakan sebaik-baiknya oleh perwakilan terpilih bagi memastikan isu yang dibawa mampu memberi nilai tambah […]

» Read more

Aktifkan Semula Cadangan ‘Kelab Satu Peratus’ Basmi Miskin Tegar – Pengerusi YBK

PETALING JAYA, 23 Ogos – Kerajaan disaran mengaktifkan semula cadangan mewujudkan ‘kelab satu peratus’ sebagai ikhtiar membasmi kemiskinan tegar di negara ini, kata Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom. Beliau berkata saranan tersebut merupakan antara resolusi yang dicapai menerusi Sidang Meja Bulat Menoktahkan Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga yang diadakan hari ini. Katanya cadangan tersebut telah dipersetujui Perdana […]

» Read more

Rosni Ajak Perkukuh UMNO Kembali, Ahmad Zahid Setia Di Kala Parti Tidak Punya Apa-apa

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tidak semua orang mampu memimpin UMNO di kala parti ini tidak punya apa-apa termasuk kuasa dan wang ringgit. Demikian luahan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menjawab pelbagai persepsi dimainkan segelintir pihak membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau, ini kerana ada dalam kalangan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu […]

» Read more

Bung Moktar Minta Bahagian Dan Cawangan UMNO Lakukan Perancangan Rapi Dekati Pengundi Muda

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Semua bahagian dan cawangan UMNO di negeri ini diminta agar melakukan perancangan rapi bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi muda 18 tahun di kawasan masing-masing yang kadarnya setiap hari akan bertambah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebaik saja pendafaran secara automatik (PSSA) dikuatkuasakan bagi pengundi muda 18 pada Disember […]

» Read more

UMNO Pekan Desak AG Siasat, Jelas Kepada Umum Berkenaan Memo Dalaman

PEKAN, 23 Ogos – Atas prinsip “Keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan, tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”, UMNO Pekan mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menyiasat dan menjelaskan kepada umum berkaitan dokumen memo dalaman yang tular baru-baru ini. UMNO Pekan memberi respon demikian berhubung mutakhir ini telah terbocor memo dalaman bertarikh 10 September 2019, setebal 12 […]

» Read more

Ahli-ahli UMNO Perlu Matang, Tolak Adu Domba Runtuhkan Parti – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ahli-ahli UMNO untuk berfikir secara matang berkaitan situasi politik semasa dengan menolak adu domba pihak lawan yang sengaja mahu meruntuhkan parti. Katanya, usia UMNO sudah melebihi 77 tahun dan sepanjang usianya UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan mendepani pelbagai krisis namun hari ini berada dalam penolakan […]

» Read more

Pamer Prestasi Baik Tadbir Negara, Kembalikan Keyakinan Rakyat Pada UMNO/BN – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) sekiranya parti ini menunjukkan yang prestasi baik semasa mentadbir negara di bawah Kerajaan Perpaduan. Jelasnya, sekiranya UMNO konsisten mempertahankan empat perkara asas yang menjadi perjuangan, rakyat akan nampak bahawa parti itu tidak pernah mengenepikan prinsip meskipun terpaksa […]

» Read more

Abe Din Tekad Lunaskan Kepercayaan Pengundi DUN Galas

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim bertekad untuk melunaskan kepercayaan rakyat di kawasan berkenaan yang sekali lagi memberikan kepercayaan kepada beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini dengan mengambil beberapa langkah awal. Biarpun kerajaan negeri masih lagi dipegang oleh Pas, beliau yang merupakan penyandang bagi kawasan berkenaan akan terus komited dan […]

» Read more

Teruskan Tekad Perkukuh UMNO, Jangan Terperangkap Desakan Lemahkan Parti – Jamal

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Ahli-ahli UMNO termasuklah kepimpinan semua peringkat hinggalah ke anggota akar umbi perlu terus fokus dalam tekad mengembalikan usaha memperkukuh parti dan tidak terperangkap dengan cabaran masa kini, kata Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi. Katanya, pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah cabaran yang amat besar kepada anggota parti dalam memastikan kesepakatan dan kesepaduan […]

» Read more

Cadangan Guna Logo, Tema Kemerdekaan Berbeza Dengan Persekutuan Tidak Masuk Akal – Rosni

  KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menyifatkan cadangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan logo dan tema kemerdekaan berlainan bagi negeri di bawah pentadbiran mereka adalah bersifat dangkal. Katanya, ini kerana Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan adalah negeri yang berada di bawah kerajaan Pusat seiring dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan. “Pada saya ini […]

» Read more
1 579 580 581 582 583 1,913