Fahami Keputusan… UMNO Terengganu Sokong Pembatalan Himpunan Solidariti

KUALA TERENGGANU, 4 Januari 2025 – UMNO Terengganu menyatakan pendirian menyokong keputusan Ibu Pejabat UMNO untuk membatalkan Perhimpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari di Putrajaya. Dalam satu kenyataan rasmi, Badan Perhubungan UMNO Terengganu menegaskan bahawa parti itu sentiasa menjunjung tinggi prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara serta menghormati titah KDYMM Seri Paduka Baginda […]

» Read more

Jeffery Nor Ingatkan Kepentingan Berpolitik Secara Matang, Hindari Provokasi

KOTA KINABALU, 3 Jan – Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed, menegaskan pentingnya setiap pemimpin dan penyokong parti untuk menjaga tutur kata serta menghindari sebarang provokasi yang boleh mengundang ketegangan politik. Beliau mengingatkan bahawa kestabilan Kerajaan Perpaduan yang wujud hari ini adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk sumbangan signifikan daripada parti di Sabah. Oleh itu katanya, setiap […]

» Read more

Depani PRU-16… UMNO/BN Perlu Terus Dampingi Rakyat, Sentiasa Bersama Masyarakat – Mohamad Fadil

KUALA LUMPUR, 3 Jan – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menggerakkan jentera untuk mendampingi rakyat dan masyarakat bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin berkata, gerak kerja awal perlu dilakukan dan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO/BN harus dikekalkan. “Bagi saya untuk menghadapi PRU ke-16, kita semua perlu bersiap sedia dengan jentera […]

» Read more

Menteri UMNO/BN Beri Sumbangan Sebaiknya, Jaga Keutuhan Bawa Aspirasi Kerajaan Madani – Jailani

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari menyifatkan keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) bersama Kerajaan Perpaduan memberi manifestasi tersendiri dalam menjaga keutuhan kerajaan. Menurut beliau ini termasuk menteri UMNO/BN yang dilantik memberikan prestasi cemerlang di sebalik pengalaman yang dimiliki mereka dalam membawa aspirasi kerajaan Madani. “Alhamdulillah kalau dilihat di bawah kerajaan Madani ini sebenarnya […]

» Read more

UMNO Kelantan Teguh Pendirian Najib Perlu Perbicaraan Adil, Bersolidariti Pada 6 Januari

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata UMNO negeri terbabit tetap dengan pendirian bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak perlu mendapat keadilan. Katanya, pendakwaan ini adalah pendakwaan terpilih oleh Perdana Menteri ketujuh dan diteruskan kebobrokan itu oleh Perdana Menteri kelapan. “UMNO kekal dengan pendirian bahawa […]

» Read more

Tun Musa Aman Lafaz Sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 1 Jan – Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini. Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada jam 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi. Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang […]

» Read more

Melangkah Ke 2025… UMNO/BN Berusaha Penuhi Ekspektasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin beranggapan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu berusaha untuk memenuhi ekspektasi rakyat bagi memperoleh semula sokongan mereka. Ini kerana katanya, segala kehendak dan ekspektasi rakyat tersebut boleh dipenuhi dengan melaksanakan pelbagai inisiatif menjengah masuk ke tahun 2025. “Saya ingat sama macam tahun-tahun sebelum ini, cuma bezanya […]

» Read more

Teruskan Kejayaan… Kombinasi Pelbagai Pihak Jana Kejayaan Pelajar  

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap anak-anak di luar bandar termasuklah di kawasan Felda meningkatkan kejayaan masing-masing dalam bidang akademik serta kokurikulum. Beliau yang hadir meraikan murid-murid cemerlang dalam akademik serta kokurikulum di Felda Palong pagi tadi berkata guru-guru yang ada di sekolah luar bandar cukup berkualiti serta mampu menjana kejayaan […]

» Read more

Rancangan Tebatan Banjir Gambarkan Keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin berkata Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dilaksanakan di negeri berkenaan menggambarkan keprihatinan kerajaan negeri di bawah teraju Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selaku Ketua Menteri negeri berkenaan. Pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, […]

» Read more

Pemuda UMNO Mahu Najib Dapat Keadilan, Layanan Sewajarnya Di Sisi Undang-undang

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap proses keadilan terhadap Datuk Seri Najib Razak dijalankan dengan adil, tanpa sebarang campur tangan politik. Exconya, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata mereka tidak teragak-agak untuk mempertahankan hak Najib untuk mendapat layanan yang sewajarnya di sisi undang-undang. “Peguam Negara perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat. “Penting untuk difahami bahawa […]

» Read more
1 578 579 580 581 582 2,288