Kekalkan BN Di Pelangai, Jangan Pilih Pemimpin Yang Banyak Alasan – Tengku Hafiz

BENTONG, 19 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan menyeru para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai untuk terus mengekalkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan pada 7 Okt nanti. Katanya, amat penting sokongan kepada wakil rakyat dilaksana selari dengan kerajaan negeri dan pentadbiran Persekutuan agar kesinambungan perancangan […]

» Read more

Data Daripada Penilai Penting Bagi Bantu Penggubal Dasar – Ahmad Maslan

KUCHING, 19 Sept – Data yang diperoleh daripada penilai adalah penting untuk membantu penggubal dasar dalam menghasilkan dasar berkaitan hartanah yang cekap dan tepat, menurut Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata penilai bertanggungjawab membimbing dan mendidik pengguna khususnya pembeli dan bakal pemilik hartanah untuk mendapatkan maklumat mengenai pasaran hartanah. Dengan menjalankan tugas mereka secara profesional dan […]

» Read more

Kerjasama Malaysia-China Akan Lonjak Industri Getah Negara

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Industri getah negara diunjurkan melonjak pada tahun-tahun akan datang susulan jalinan kerjasama dengan China yang semakin kukuh dalam bidang komoditi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada Ahad lepas membuka peluang kepada peningkatan kerjasama dalam bidang komoditi dan industri berasaskan pertanian termasuk getah, minyak […]

» Read more

Kerajaan Tegas Pertahan Hak Kedaulatan Negara Termasuk Laut China Selatan

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Kerajaan sentiasa tegas mempertahankan keutuhan wilayah, hak kedaulatan dan kepentingan negara termasuk membabitkan Laut China Selatan, kata Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin. Katanya kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di dalam kawasan maritim untuk memastikan kepentingan […]

» Read more

PRK DUN Pelangai: Fadzli Saran Pengundi Buat Pilihan Yang Tepat

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Para pengundi disaran untuk membuat pilihan yang tepat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan memilih parti yang mempunyai ‘track record’ yang baik, kata Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal. Menurut beliau, hakikat rekod perkhidmatan yang dibawa oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun di DUN ini sememangnya disenangi dan […]

» Read more

Pupuk Perpaduan Menerusi Sukan… Rais Sifatkan Langkah Terbaik

TANGGA BATU, 19 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin melihat program kesukanan mampu membentuk perpaduan dan hubungan erat masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang politik sekaligus mengukuhkan lagi perpaduan sedia ada. Lantaran itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu bersama JPKK dan KRT Kampung Paya Rumput mengambil inisiatif mengadakan Karnival Sukan dan […]

» Read more

Kerajaan Lulus Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan ECRL – PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Kerajaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 bersetuju meluluskan satu dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa iaitu Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), atau dikenali sebagai PeGTaECRL. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PeGTaECRL adalah dokumen perancangan guna tanah jangka panjang sehingga 2040 yang akan memacu […]

» Read more

PM Anwar Ketuai Delegasi Malaysia Ke Unga Ke-78

NEW YORK, 19 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, bermula hari ini hingga 26 Sept ini di sini. Pada penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu, Anwar akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030. “Perdana […]

» Read more

Segerakan RCI Memoir Tommy Thomas, Tun Mahathir Punca Ketidakstabilan Negara – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Tun Dr Mahathir telah memuat naik satu kenyataan di Facebook beliau mengenai keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dalam hal ini, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menganggap bahawa dengan keadaan Tun Mahathir ternyata sangat emosional dan berniat jahat di samping ada beberapa pembuktian komplot dan […]

» Read more

Felda Dikuatkan Hanya Melalui UMNO, Bukan Parti Lain – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembangkang tidak mempunyai rekod dalam mempertahankan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Katanya, malahan mereka seringkali menggunakan elemen lain seperti agama demi kepentingan parti dan peribadi. Jelas beliau, hudud dan isu royalti yang sering dibawa mereka hanya bersifat momokan kerana ketika menjadi kerajaan ianya tidak […]

» Read more
1 541 542 543 544 545 1,906