Orang Lain Cuai, Saya Yang Kena, Adakah Ini Satu Keadilan? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas setiausaha eksekutifnya telah melakukan pelbagai kecuaian dalam mengendalikan pengurusan kewangan peribadinya dan Yayasan Akalbudi (YAB). Ahmad Zahid, 69, berkata Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly telah melakukan kecuaian antaranya gagal memahami dan membaca penyata kad kredit miliknya sehingga menyebabkan pembayaran […]

» Read more

Rakyat Kelantan Mahu Perubahan, Percaya BN Mampu Tadbir Negeri – Jazlan

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub percaya bahawa rakyat di negeri ini akan memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak. Menurutnya, ini berdasarkan pertemuan bersama rakyat yang meluahkan sokongan kepada beliau untuk parti keramat ini merampas kembali Kelantan daripada pentadbiran sedia ada. “Saya lihat jelas […]

» Read more

Masalah Setempat Dapat Penyelesaian Segera, Tunggu Pula Pelaksanaan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Masalah air yang menimpa penduduk Kg Rantau Panjang di Lanchang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang turun padang sendiri berjumpa dengan penduduk terlibat. Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau berkata penyelesaian jangka pendek untuk masalah berkenaan telah dijanjikan oleh pihak Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP) dalam usaha […]

» Read more

Projek Nadir Bumi Dijangka Beri Pendapatan Kepada Perak

KUALA KANGSAR, 23 Mei – Kerajaan negeri Perak yakin projek nadir bumi yang dikenal pasti sebagai lintonite di Hulu Perak, dijangka bakal menambah pendapatan kepada kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) minggu lepas, dalam melaksanakan projek perintis tersebut. “Kita bersetuju untuk […]

» Read more

Tiada Satu Sen Dana Yayasan Akalbudi Daripada Kerajaan, Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada satu sen dana Yayasan Akalbudi datangnya daripada kerajaan atau rakyat, sebaliknya wang puluhan juta ringgit dalam yayasan itu adalah miliknya. Ahmad Zahid, 69, berkata sumber dana yayasan tersebut adalah daripada lebihan pendapatannya ketika beliau membabitkan diri dalam sektor […]

» Read more

PM Ismail Sabri Adakan Lawatan Ke Jepun, Perkasakan Dasar Pandang Ke Timur

TOKYO, 23 Mei – Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam bermula hari ini. Lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Menurun 28.8 Peratus Minggu Lepas – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Situasi COVID-19 dalam negara sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-20 menunjukkan keadaaan yang lebih baik dengan penurunan kes baharu dan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital, selain peningkatan kes sembuh berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sepanjang tempoh ME tersebut yang bermula dari 15 hingga 21 Mei, bilangan kes […]

» Read more

Zahid Bidas MP Pembangkang Kait Etika Pemakaian Di Premis Kerajaan Dengan Isu Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kekesalan beliau dengan tindakan ahli Parlimen parti pembangkang yang bertindak mengkritik etika berpakaian untuk orang awam berurusan di premis jabatan dan agensi kerajaan. Jelas beliau, tidak sepatutnya perkara seperti itu dipersoal seolah-olah menjadi perihal yang amat membebankan rakyat. “Cuba menimbulkan persepsi berkaitan etika berpakaian semasa berurusan […]

» Read more

UMNO, BN Perlis Sedia Bergerak Solo Tanpa Kerjasama Pas

KANGAR, 23 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis bersedia untuk bergerak solo tanpa melibatkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu tidak ingin meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN). Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata UMNO negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Pas dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat […]

» Read more

Pindaan Pemilihan UMNO Rasional, Bawa Mesej Perpaduan Hadapi PRU15 – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman berpandangan pindaan pemilihan UMNO dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) mempunyai rasionalnya terutama dalam menjaga perpaduan dalam kalangan ahli parti. Katanya, keputusan ini juga dianggap adalah suatu keperluan kerana melihat kepada senario politik semasa pada ketika ini sudah tentu parti lain mahu […]

» Read more
1 539 540 541 542 543 1,521