Bakal Jemaah Haji Disaran Ambil Dos Penggalak – Khairy

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan semua bakal jemaah haji remaja berumur 12 hingga 18 tahun untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai langkah tambahan sebelum berangkat ke Tanah Suci.  Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syarat yang ditetapkan KKM bagi jemaah haji remaja mengambil dos penggalak COVID-19 ialah sekurang-kurangnya lima bulan selepas menerima dos kedua vaksin dos primer. “Bagi […]

» Read more

UMNO Dan BN Temerloh Terus Dekati Rakyat, Tidak Bermusim

KUALA LUMPUR, 21 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa dekat dengan rakyat terus menerus menjadi jambatan kepada masyarakat dalam usaha membantu serta menyelsaikan masalah yang timbul. Begitu jugalah di Parlimen Temerloh apabila Ketua bahagiannya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan barisan kepimpinan setempat lain yang sentiasa turun padang untuk memastikan mereka yang berdepan masalah dapat jalan penyelesain […]

» Read more

Lihat Sendiri Keadaan Perkhidmatan Awam Untuk Penambaikan, Onn Hafiz ‘Under Cover’ Ke Singapura

 KUALA LUMPUR, 20 Mei – Keprihatinan UMNO apabila diangkat sebagai pemimpin adalah melaksanakan amanah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat malah seboleh mungkin setiap kesulitan akan diselami bagi memastikan penyelesaian tuntas dibuat. Hal inilah yang diaplikasi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi apabila turun padang dan menjadi orang awam tanpa dikenali pelbagai pihak bagi merasai dan melihat sendiri […]

» Read more

Hishammuddin Lancar Blueprint Perumahan 3.0, Tambah Baik Kebajikan Anggota, Veteran ATM

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pra-Pelancaran Blueprint (Rangka Tindakan) Perumahan 3.0 hari ini adalah untuk menambah baik agenda perumahan demi kepentingan kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata blueprint itu dibina dengan berlandaskan tiga objektif utama iaitu pembinaan, penyelenggaraan dan pemilikan. “Ia merupakan kesinambungan daripada […]

» Read more

Kebersatuan Pelbagai Etnik Sabah Cerminan Sebenar Semangat Keluarga Malaysia – PM

KOTA KINABALU, 20 Mei – Kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa mencerminkan semangat dan aspirasi sebenar konsep Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata beliau bangga melihat perpaduan dan persefahaman antara kaum di negeri itu kerana semangat Keluarga Malaysia seumpama itulah yang ingin terus ditekankan di […]

» Read more

WiPers Sasar Rangkul Juara Keseluruhan Sukma 2022

PUTRAJAYA, 19 Mei – Kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) berazam menjadi juara temasya Sukan Malaysia (Sukma) XX Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 yang akan berlangsung pada September ini di sekitar Lembah Klang. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata WiPers mempertaruhkan 587 atlet untuk bertanding dalam 31 jenis sukan yang dipertandingkan. “Kita letakkan matlamat kita nak jadi johan, berapa […]

» Read more

KUSKOP Sasar Lahirkan Lebih Ramai Usahawan Dalam Kalangan Bekas Banduan, Penagih Dadah

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang terdiri daripada bekas banduan, bekas penagih dadah dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta belia, menerusi Program Usahawan Kluster Baru. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata program berkenaan yang dilancar hari ini anjuran Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) diharap dapat menarik lebih ramai […]

» Read more

Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 Antara Dibincangkan PM Dan Menteri Luar Singapura

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan semalam. Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya. “Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia […]

» Read more

“Tahniah Rakyat Malaysia” – Khairy

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik. Beliau berkata ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan mereka masih patuh dengan prosedur operasi standard dalam mengekang penularan COVID-19. “Kita lihat dari segi tingkah laku […]

» Read more

Langkah Kerajaan Hapus Permit Import Makanan Tepat Untuk Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 19 Mei –  Tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan permit import (AP) dengan pemansuhan terhadap bahan makanan  amat dialu-alukan. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata langkah berkenaan tentunya bagi mengawal isu kenaikan harga makanan mentah yang semakin hari semakin tidak menentu dan tidak rasional menyebabkan kesan besar terhadap rakyat bagi […]

» Read more
1 540 541 542 543 544 1,521