Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tak Jejas Pelaburan Asing Dalam Negara – Tengku Zafrul

PASIR SALAK, 1 April – Pelaksanaan subsidi bersasar yang dijadualkan bermula selepas suku kedua tahun ini tidak akan menjejaskan pelaburan asing dalam negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, ini berikutan pelabur lebih mementingkan konsistensi dasar yang dilaksanakan dalam negara bagi menentukan komitmen pelaburan mereka. “Dari segi pelaburan asing, tidak ada […]

» Read more

Dakwaan UMNO Sabah Berpecah Tidak Benar – Jeffery Nor

SANDAKAN, 31 Mac – Tidak timbul isu perpecahan dalam UMNO Sabah dalam menentukan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang. Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, perkara ini masih di peringkat perbincangan awal, belum dimuktamadkan dan sebarang cadangan berkaitan soal kerjasama bersama parti lain belum dikemukakan kepada Barisan Nasional […]

» Read more

Ingatlah Jasa UMNO Bangunkan Negara, Jangan Termakan Fitnah Dan Kebobrokan Pihak Lawan

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Muhamad Farizat Khairuddin menegaskan anak-anak muda sekarang ini harus  ingat jasa bakti yang dikorbankan oleh pemimpin terdahulu melalui kepimpinan UMNO. Ini kerana katanya walaupun UMNO sentiasa dicerca dan dimaki tetapi harus ingat bahawa keharmonian yang dikecapi selama ini adalah hasil pengorbanan dan titik peluh nenek moyang yang […]

» Read more

UMNO/BN Sabah Akan Terus Berjuang Membela Rakyat – Bung Moktar

KINABATANGAN, 31 Mac – Rakyat yang sudah sedia tertekan berikutan kesan pandemik COVID-19, akan terus berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi masa kini apabila harga makanan dan bahan mentah sudah mula naik sedikit demi sedikit. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bukan sahaja tekanan dengan kos sara hidup, tapi dalam masa yang sama rakyat berhadapan dengan […]

» Read more

Rakyat Sabah Mahukan Perubahan, UMNO Harapan Untuk Masa Hadapan Lebih Baik – Sharif Musa

LAHAD DATU, 30 Mac – Rakyat Sabah mengharapkan perubahan sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan lantaran mahukan pembaharuan dan kemajuan untuk masa depan mereka. Demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul yang merasai gelombang sokongan rakyat kepada UMNO dalam setiap program termasuklah menerusi siri jelajah berbuka puasa yang melibatkan enam zon dan berakhir di Zon 5, baru-baru ini. […]

» Read more

Program Tahunan Wanita Segamat Raikan Komuniti Setempat – Norshida

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Program tahunan Wanita UMNO Segamat bersama komuniti setempat setiap kali datangnya bulan Ramadan memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat. Selain mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, program tersebut yang diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta swasta yang lain dapat membantu komuniti sebaiknya. Bagi Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim pihaknya mengucapkan syukur kerana program Ihya […]

» Read more

Iftar Ramadan UMNO Tenom Eratkan Silaturrahim, Perkukuh Perjuangan Parti

TENOM, 30 Mac – UMNO Bahagian Tenom terus menyantuni masyarakat dalam Iftar Ramadan bersama orang ramai yang berlangsung di Kampung Makaniton, di sini baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raime Unggi memaklumkan bahawa pendekatan untuk bersama-sama masyarakat setempat dilaksana secara beterusan dan ditambah meriah dengan mengambil keberkatan bulan Ramadan iaitu dengan berbuka beramai-ramai. “Mengambil keberkatan bulan Ramadan, UMNO Tenom […]

» Read more

UMNO Sabah Sasar 23 Kerusi Kawasan Pantai Timur Sabah Pada PRN-17

SANDAKAN, 30 Mac – UMNO Sabah menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi bagi kawasan Pantai Timur Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 kelak. Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya akan bekerja keras untuk menguasai kerusi-kerusi yang telah disasarkan. “Kawasan Pantai Timur dari Semporna ke Kinabatangan mempunyai 28 kerusi. Kami mensasarkan untuk menang di 23 kerusi pada pilihan […]

» Read more

Sumbangan RM1 Juta Kepada Gaza, Simbolik Keprihatinan UMNO

  BAGAN DATUK, 30 Mac – UMNO menyampaikan RM1 juta kepada rakyat Gaza di Palestin yang masih bergelut akibat konflik perang berterusan. Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Kompleks UMNO Bagan Datuk. Ahli Majlis Kerja Tertinggi […]

» Read more

Semua Pihak Main Peranan, Jangan Mainkan Isu Jejas Perpaduan Negara – Jamal Nerubi

PAPAR, 29 Mac – Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan negara terus aman dan sejahtera tanpa menyentuh apa-apa isu yang boleh menjejaskan perpaduan. Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi yang mahukan kesejahteraan negara terus dipelihara dengan memperkukuh kesepakatan perpaduan sebagaimana yang telah digariskan oleh kepimpinan terdahulu. Katanya, proses menyemai perpaduan telah dilaksana oleh pemimpin terdahulu […]

» Read more
1 396 397 398 399 400 1,897