Peranan Sayap UMNO Penggerak Utama Perjuangan Parti – Rosnah

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyokong pandangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan kepentingan kesatuan, kebersamaan serta peranan setiap sayap parti dalam memperkukuh UMNO ke tahap yang lebih baik. Jelasnya, kekuatan UMNO tidak hanya bergantung kepada kepimpinan parti saja, sebaliknya turut […]

» Read more

‘Serang Balik’ Provokasi Dan Fitnah… Jangan Defensif

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menyambut baik saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tangkas dalam menghadapi cabaran politik dan menangani persepsi yang dimainkan pihak tertentu. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, saranan tersebut perlu diterjemahkan menerusi pengukuhan jentera parti agar UMNO lebih bersedia menghadapi […]

» Read more

Ucapan Tok Mat Sarat Dengan Ingatan Dan Saranan

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ucapan perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi disifatkan sarat dengan ingatan dan saranan penting dalam memperkukuh parti menghadapi cabaran politik akan datang. Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, antara perkara utama yang ditekankan ialah keperluan untuk memperkukuhkan kekuatan dalaman parti serta […]

» Read more

UMNO Parti Yang Memegang Janji – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Sept. – UMNO akan terus berpegang pada janji untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendirian itu selaras dengan resolusi yang diterima oleh perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. “Kita, UMNO, ialah parti yang memegang janji. Janji kita jelas untuk berada dalam Kerajaan […]

» Read more

PAU 2026 Ruang Nilai Gerak Kerja, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 perlu dimanfaatkan untuk menilai semula pendekatan dan gerak kerja parti agar terus dekat dengan denyut nadi rakyat, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Najib Samuri. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani berkata, UMNO perlu sentiasa peka terhadap perubahan kehendak rakyat, khususnya dalam menangani isu […]

» Read more

Penerangan UMNO Selayang Cipta Kejayaan, Hasil Kekuatan Jentera – Hasnal Rezua

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas Azmee Masrus yang dinobatkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Terbaik. Beliau berkata, pengiktirafan tersebut bukan sahaja membanggakan Azmee, malah menjadi bukti kekuatan kerja berpasukan serta kesungguhan seluruh jentera penerangan UMNO Bahagian Selayang dalam memperkasakan agenda parti, khususnya menerusi platform media sosial. […]

» Read more

Ambil Pendekatan Sederhana Dalam Kerjasama Politik – Saiful

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perlis, Saiful Fariddil Jasmi berpandangan pendekatan sederhana dalam mempertimbang sebarang bentuk kerjasama dengan parti politik lain penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar berkata pendekatan tersebut bagi memastikan parti tidak terikat yang boleh memberi implikasi terhadap pendirian politik pada masa hadapan. […]

» Read more

Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Sept – UMNO perlu menjadikan pengalaman dan perbezaan pencapaian dalam pilihan raya sebagai ruang untuk melakukan muhasabah, memperbaiki kelemahan serta kembali membina kekuatan parti secara bersama. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbezaan antara negeri yang mencatat kemenangan dan yang belum mencapai kemenangan tidak seharusnya menjadi faktor yang memecah-belahkan parti. Beliau yang juga Timbalan […]

» Read more

UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO mesti berdikari dan tidak boleh bersandarkan kepada parti lain untuk membina kekuatannya. Ujarnya ketika tiada talian hayat lain untuk ketahanan diri kecuali UMNO perlu bingkas dengan cara dan strategi sendiri. “Justeru, tanamlah dalam fikiran kita bahawa, selagi kita bergantung pada parti lain, kita sebenarnya masih jauh […]

» Read more

UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Mengambil iktibar daripada kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, serta kekalahan di Sabah, UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa dan agama, ujar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, UMNO tidak menutup ruang untuk kesatuan bangsa Melayu dilaksanakan rentas parti dan ideologi […]

» Read more
1 … 31 32 33 34 35 … 2,373