Jangan Sekadar Kekalkan, BN Perlu Tarik Sokongan Baharu – Ismail
JASIN, 4 Nov – Kemeriahan dan kehangatan suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kian dirasai dan makin melonjak di beberapa tempat dengan pelbagai pengisian yang berbaki beberapa hari.
Jentera di pelbagai kawasan daerah mengundi meriah dan masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam usaha meyakinkan pengundi setempat.
Begitu juga di DUN Rim yang ditandingi Datuk Khaidirah Abu Zahar yang turut dikenali senagai Dira turut meriah dengan pelbagai pendekatan.
Semalam Mantan Menteri Besar Johor, Tan Sri Datuk Abdul Ghani Othman menerusi Mubarak turut turun berkempen di PDM RIM
Ketua UMNO bahagian Pagoh yang merupakan bapa angkat kawasan berkenaan, Datuk Ismail Mohamed berkata suasana kempen tentunya makin memuncak menjelang hari pengundian nanti.
Katanya kehadiran mantan MB Johor ke PDM berkenaan diharap dapat menyuntik sokongan dalam usaha memastikan kemenangan Dira pada 14 Nov ini.
Datuk Ismail turut mengingatkan jentera BN supaya tidak hanya bergantung kepada sokongan sedia ada, sebaliknya perlu berusaha menarik lebih ramai pengundi bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, usaha mendapatkan sokongan itu perlu diperluaskan kepada ahli keluarga, anak-anak dan rakan-rakan agar BN mendapat mandat lebih besar.
“Kalau boleh kita nak PDM ini menang. Nak menang, kita pujuk kawan-kawan yang lain. Kita pujuk anak-anak, kita pujuk kawan-kawan supaya bersama Barisan Nasional,” katanya.
Menurutnya, sokongan lebih luas amat penting bagi memastikan kemenangan BN dan membolehkan parti itu kembali mendapat kepercayaan rakyat. – UMNO Online
