Penderhakaan Tony Pua Sudah Melampaui Batas – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan bahawa penderhakaan Penasihat Dasar kepada Setiausaha Agung Dap, Tony Pua sudah melampaui batas. Ini kerana katanya, kenyataan Tony Pua yang secara terbuka mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong sangat berbahaya dan mampu mengganggu-gugat kestabilan negara. “Tony Pua baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan yang pada pandangan […]

» Read more

‘Tak Banyak Alasan’ Satukan Belia, Semarak Semangat Kebersamaan

PUTRAJAYA, 9 Okt – Golongan belia perlu terus diberikan ruang dan peluang untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan masyarakat, sekali gus membuktikan bahawa anak muda bukan sekadar pewaris kepimpinan masa hadapan, tetapi juga penggerak perubahan pada hari ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan, menegaskan bahawa penglibatan anak muda dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan dan e-sukan […]

» Read more

Norliza Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

TASEK GELUGOR, 9 Okt – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan ketika ini. Beliau berkata, orang ramai perlu mematuhi nasihat serta arahan pihak berkuasa bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pencemaran udara, termasuk mengehadkan aktiviti luar terutama apabila kualiti […]

» Read more

Ziarah Kasih Eratkan Silaturahim, Semai Nilai Prihatin – Rahimi

PEKAN, 9 Okt – Amalan ziarah kasih bukan sahaja menjadi medium mengeratkan hubungan silaturahim, malah mencerminkan nilai keprihatinan, persaudaraan dan kepribadian masyarakat yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan insan sekeliling. Melalui kunjungan secara bersemuka, hubungan sesama masyarakat dapat terus dipelihara, selain memberi ruang untuk bertanya khabar, berkongsi rasa serta menyampaikan sokongan moral kepada keluarga yang berdepan kehilangan insan tersayang. Bagi […]

» Read more

Agenda Malaysia Biru: Daripada Gagasan Kepada Hasil, Bukan Sekadar Guna Teknologi

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Malaysia Biru perlu diterjemahkan daripada sekadar gagasan dan visi kepada pelan tindakan serta dasar yang mampu menghasilkan keputusan nyata untuk dirasai rakyat. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berkata, selepas 69 tahun pembinaan negara, Malaysia tidak lagi boleh bersifat responsif semata-mata, sebaliknya perlu melihat jauh ke hadapan dengan membina masa depan negara […]

» Read more

Hentikan Budaya Buli, Jangan Berdiam Diri – Rosnah

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Budaya buli tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya menuntut keberanian mangsa dan saksi untuk tampil melaporkan kejadian serta komitmen semua pihak bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk anak-anak. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sudah tiba masanya seluruh komuniti bersatu dan mengambil tindakan tegas bagi membendung budaya buli daripada terus […]

» Read more

SDG: Penyelarasan, Kerjasama Semua Pihak Terus Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Penyelarasan dan kerjasama antara semua pihak akan terus diperkukuh untuk memastikan agenda Sustainable Development Goals (SDG) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah memaklumkan Mesyuarat Penyelarasan SDG Bersasar yang berlangsung pada Khamis memberi tumpuan untuk memastikan ia memberi impak jelas kepada rakyat. “Petang Khamis, baru sahaja selesai Mesyuarat Penyelarasan […]

» Read more

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Isu cek bernilai RM231 juta yang dikaitkan dengan MYEG dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencetuskan persoalan apabila pembayaran berkenaan didakwa melibatkan cek bertarikh hadapan (post-dated cheque) sebelum timbul dakwaan cek itu diarahkan untuk ditolak. Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar, membangkitkan empat persoalan utama yang menurutnya memerlukan penjelasan segera daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, […]

» Read more

Melaka Perkukuh Gerakan Koperasi Libatkan Peruntukan RM700,000

MELAKA, 9 Okt – Kerajaan Melaka melaksanakan pelbagai inisiatif dan insentit, khusus bagi memperkukuh gerakan koperasi di negeri itu yang melibatkan peruntukan RM700,000 dalam tempoh tiga tahun sejak 2023. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sokongan itu disalurkan menerusi beberapa inisiatif bersasar, antaranya Bantuan Pembangunan Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka, Bantuan Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro serta […]

» Read more

Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim

SEREMBAN, 9 Okt – Kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan perlu terus menjadi keutamaan dalam mendepani apa jua cabaran, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim. Beliau berkata, setiap kepimpinan di peringkat akar umbi, khususnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), perlu memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela serta setiap permasalahan masyarakat mendapat perhatian sewajarnya. […]

» Read more
1 … 28 29 30 31 32 … 2,350