Selamat Hari Deepavali, Pelihara Keharmonian Masyarakat

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia, khususnya keluarga besar beliau di Bagan Datuk. Beliau berkata kepelbagaian latar belakang masyarakat di negara ini merupakan keindahan Malaysia yang perlu terus dihargai dengan berkongsi kegembiraan, saling menghormati dan menjaga hubungan sesama masyarakat. “Inilah […]

» Read more

Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Wanita UMNO Malaysia menegaskan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, perlu dihormati dan dilaksanakan segera selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan. Wanita UMNO dalam satu kenyataan berkata, titah Seri Paduka Baginda berhubung pengampunan bersyarat itu adalah jelas dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang kekeliruan. […]

» Read more

Manifesto BN-PN Realistik, Kesinambungan Pembangunan Melaka

MELAKA, 7 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menyambut baik manifesto Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang disifatkan sebagai satu tawaran berpaksi kepada realiti, keperluan rakyat serta kemampuan untuk dilaksanakan sekiranya diberikan mandat. Menurut beliau, manifesto yang baik bukan sekadar mengandungi janji-janji besar untuk menarik perhatian pengundi, sebaliknya […]

» Read more

PRN Melaka: Jangan Leka, Terus Perhebat Gerak Kerja – Shamsul Anuar

TANGGA BATU, 7 Nov – Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus melipatgandakan usaha bagi memastikan sasaran kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat dicapai. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata meskipun gerak kerja jentera parti berjalan dengan baik dan menerima respons daripada rakyat, usaha berkempen perlu diteruskan sehingga hari pengundian. “Tempoh kempen […]

» Read more

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8, Bincang Kerjasama Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi D-8, TYT Duta Besar Sohail Mahmood bagi bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota. Beliau berkata, pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha mendepani cabaran ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik global.  Menurutnya, D-8 mempunyai potensi besar […]

» Read more

BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid

TANGGA BATU, 7 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini memasuki fasa kedua dengan usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua parti terus dipergiatkan. Menurut beliau, kerjasama berkenaan merupakan satu pendekatan baharu bersama rakan strategik baharu yang memperlihatkan perkembangan positif menerusi penyelarasan gerak kerja serta sokongan […]

» Read more

Isu Najib: Junjung Titah, Laksanakan Segera – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertarikh 7 November 2026 berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Ketuanya, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, titah Seri Paduka Baginda amat jelas bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah “jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan […]

» Read more

Fikirkan Generasi Akan Datang Sebelum Buat Pilihan – Abdul Rahman

TELOK MAS, 7 Nov – Rakyat perlu menjadikan masa depan negara dan generasi akan datang sebagai pertimbangan utama ketika membuat keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Beliau berkata, rakyat juga perlu melihat kepentingan pembentukan gabungan politik sebelum pilihan raya bagi mengelakkan ketidaktentuan selepas keputusan pilihan raya. Abdul […]

» Read more

Isu Tahanan Rumah Najib: UMNO Pontian Buat Laporan Polis

PONTIAN, 7 Nov – Satu laporan polis telah dibuat berhubung isu penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang sepatutnya dilaksanakan tanpa sebarang alasan penangguhan. Laporan tersebut dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, bersama Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mohd Sumali Reduan, Naib Ketua Bahagian, Jamaludin Abd Majid […]

» Read more

Isu Najib: Kekeliruan Terancang Untuk Meneruskan Ketidakadilan

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) bertarikh 6 November 2026 didakwa menjadi titik permulaan kepada usaha untuk terus memenjarakan Datuk Seri Najib Razak (DSNR), meskipun terdapat perintah pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata tindakan AGC membangkitkan isu kekeliruan berhubung tafsiran perintah pengampunan itu selepas pembayaran […]

» Read more
1 … 26 27 28 29 30 … 2,385