Azalina Ucap Selamat Hari Krismas, Seru Perkukuh Perpaduan Negara
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Ketua Penerangan UMNO merangkap Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengucapkan Selamat Hari Krismas 2025 kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.
Menurut beliau, perayaan Krismas wajar disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, selain menjadi ruang untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta persahabatan dalam kalangan masyarakat.

“Semoga perayaan tahun ini dapat diraikan dengan penuh meriah serta membawa makna kebersamaan yang mendalam,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.
Azalina turut menekankan kepentingan memelihara keharmonian dalam negara berbilang agama dan budaya, sambil menyeru rakyat Malaysia agar terus meningkatkan semangat perpaduan serta budaya saling menghormati.
Beliau berkata, usaha tersebut penting demi menjamin kesejahteraan dan masa depan negara yang aman serta makmur, selari dengan nilai-nilai masyarakat MADANI. – UMNO Online
