Isu Tahanan Rumah Najib: UMNO Pontian Buat Laporan Polis

PONTIAN, 7 Nov – Satu laporan polis telah dibuat berhubung isu penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang sepatutnya dilaksanakan tanpa sebarang alasan penangguhan.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, bersama Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mohd Sumali Reduan, Naib Ketua Bahagian, Jamaludin Abd Majid serta beberapa pimpinan akar umbi UMNO Bahagian Pontian.

Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Benut, Pontian, pada jam 12.30 tengah hari, Sabtu, 7 November 2026.
Turut berada di lokasi ialah Ketua Balai Polis Benut, SM Norazli Saleh.

Tindakan membuat laporan polis itu dibuat sebagai langkah pimpinan UMNO Bahagian Pontian untuk menyuarakan pendirian berhubung isu penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Semalam Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib biarpun syarat telah dipenuhi dengan alasan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim pada 18 September 2026.– UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO