Pembangunan KL Tidak Boleh Korbankan Hak Melayu Bandar  

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Agenda pembangunan Kuala Lumpur perlu dilaksanakan secara inklusif tanpa mengorbankan hak pemilikan tanah, warisan serta kedudukan masyarakat Melayu di ibu negara. Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk TPr Abdul Razak Abdul Rahman berkata pembangunan semula bandar perlu mengambil kira kepentingan semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat Melayu yang telah lama membentuk sebahagian daripada sejarah dan identiti Kuala […]

» Read more

UMNO Hargai Komitmen Seluruh Keluarga Besar Jayakan PAU 2026

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh keluarga besar UMNO yang bersama-sama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) yang berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 September lalu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL). Beliau berkata, kehadiran perwakilan dari seluruh negara termasuk Bahagian, […]

» Read more

Malaysia Biru Lambang Tawaran Baharu UMNO/BN

Amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membawa satu mesej yang sangat jelas dan penuh keyakinan bahawa parti tidak boleh sekadar mengenang zaman kegemilangan, tetapi mesti bangkit dengan kekuatan baharu, gagasan yang lebih besar dan keberanian untuk menentukan masa depan negara. Presiden UMNO memperlihatkan bahawa perjuangan parti bukan sekadar tentang mendapatkan kuasa, tetapi tentang mendapatkan kembali kepercayaan rakyat […]

» Read more

Presiden Beri Mandat Pemuda UMNO Gerakkan Himpunan Perpaduan Ummah

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan mandat kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh untuk menggerakkan usaha mengadakan Himpunan Perpaduan Ummah dengan sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam. Menurut beliau Akmal perlu bekerjasama dengan Pas bagi memastikan gerakan tersebut dilaksanakan secara tersusun dan berterusan. “Akmal, abang berikan mandat dan kerjasama elok-elok […]

» Read more

Formula Agenda BIRU, Ikat Rakyat Melalui Khidmat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mencadangkan empat pendekatan BIRU bagi memperkukuh Agenda Malaysia Biru agar dapat diterjemahkan kepada gerak kerja berkesan hingga ke akar umbi. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata pendekatan pertama ialah bina hubungan dengan rakyat bukan hanya ketika pilihan raya, sebaliknya secara berterusan. “Kita bina hubungan dengan […]

» Read more

Kerjasama Bukan Penyerahan, UMNO Tidak Gadai Prinsip – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNO menegaskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan tidak bermakna parti itu menyerahkan masa depan, identiti atau prinsip perjuangannya kepada mana-mana pihak. Sebaliknya, kerjasama itu dibentuk atas amanah untuk memastikan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. “Kerjasama mentadbir negara tidak bermakna menyerahkan masa depan parti. Kerjasama bukan penyerahan. Saya ulang, kerjasama bukan penyerahan,” katanya ketika […]

» Read more

Bina Kekuatan Sendiri, Jangan Harap Ehsan Parti Lain – Tokmat Hasan

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru seluruh pejuang UMNO untuk membina kekuatan tanpa mengharapkan ehsan parti lain. Ujarnya, kekuatan dalaman perlu dibina seutuhnya agar ia menjadi benteng untuk mengharungi apa jua rintangan mendatang. “Tidak ada sesiapa pun yang mahu melihat UMNO bangkit semula. Berbohonglah saya jika saya katakan ada parti lain yang mahu […]

» Read more

‘Hanya UMNO Layak Perjuang Penyatuan Melayu’ – Khaled

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan hanya UMNO merupakan parti yang paling layak memperjuangkan agenda penyatuan Melayu. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata meskipun begitu masih terdapat suara sumbang yang mendakwa usaha penyatuan Melayu sebagai sesuatu yang rasis serta boleh menyebabkan bangsa lain berasa terancam dan tidak selamat. “Bila orang Melayu nak […]

» Read more

Pemuda OKU Cerebral Palsy Sertai UMNO, Kenang Jasa Pejuang

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kekangan fizikal bukan penghalang buat Mohd Izzat Md Yusof, 43 tahun, seorang orang kurang upaya (OKU) yang menghidap cerebral palsy (CP) mengambil keputusan menyertai UMNO secara rasmi. Walaupun baru bergelar ahli UMNO, beliau berkata sokongan dan kesetiaannya terhadap parti itu bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya lahir daripada rasa menghargai perjuangan serta pengorbanan pemimpin dan anggota […]

» Read more

Kelantan Sedia ‘Wala’ Apa Juga Arahan Presiden UMNO – Zawawi

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNO Kelantan menegaskan untuk ‘wala’ mematuhi apa juga arahan Presiden parti, termasuk sekiranya diarahkan menjalin penyatuan dengan Pas demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. Jurucakap Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, pihaknya akan melihat sebarang usaha penyatuan dari sudut positif, khususnya jika ia mampu membawa sinar baharu kepada rakyat Kelantan. Menurut beliau, sekiranya penyatuan UMNO […]

» Read more
1 … 23 24 25 26 27 … 2,373