Samasuddin Tekad Perkasa Pendidikan, Peluang Pekerjaan, Usahawan Wanita Dan Insfrastruktur

KALABAKAN, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N71 Tanjung Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Samasuddin Yusop, menegaskan komitmennya untuk membawa pembangunan menyeluruh khususnya melibatkan pendidikan, peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi rakyat. Menurutnya, fokus utama adalah memperkenalkan inisiatif baharu selain memperkukuh penambahbaikan sedia ada demi memastikan masyarakat setempat menerima manfaat secara langsung. […]

» Read more

PRN Sabah: UMNO Melaka Hantar 240 Jentera Bantu Kempen BN

SEPANGGAR, 15 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata seramai 240 orang jentera dari negeri itu turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini. Kata Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka, petugas yang hadir terdiri daripada seluruh bahagian negeri itu khusus di Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more

Johari Seru Pengundi Beri Mandat Baharu, Kembalikan Khidmat BN Di Sabah

BEAUFORT, 15 Nov – Bendahari Barisan Nasional (BN) merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani merayu para pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah khususnya di Kuala Penyu dan Klias supaya memberi peluang kepada BN untuk mengembalikan khidmat terbaik kepada rakyat. Johari menegaskan bahawa BN kembali bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan pada PRN Sabah kali ini selepas pernah memberi […]

» Read more

Bung Moktar, Jafry Sah Berentap Di Lamag Dan Sukau Pada PRN Sabah Ke-17

KINABATANGAN, 15 Nov – Hampir 1,000 penyokong dan pendukung Barisan Nasional (BN) mengiringi Ketua UMNO Sabah yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta calon BN DUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin, pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 hari ini. Perarakan bermula di perkarangan Hospital Kinabatangan […]

» Read more

Hari Penamaan Calon: “Tugas Kita Bermula Secara Rasmi Hari Ini”

KOTA KINABALU, 15 Nov – Hari ini medan pertarungan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dibuka gelanggang dengan proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Barisan Nasional akan bertanding di 45 DUN. Di SEPANGGAR, BN meletakkan penyandang DUN Karambunai Datuk Yakub Khan yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepanggar sebagai calon […]

» Read more

Gelombang Biru Warnai Penamaan Calon BN Di Beaufort

BEAUFORT, 15 Nov – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Pak Musa, di sini berlangsung meriah apabila Barisan Nasional (BN) hadir dengan gelombang biru yang memenuhi kawasan seawal 7.30 pagi. Bendahari BN merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani mengiringi dua calonnya iaitu Haji Osin Jilon bagi kerusi N.32 Klias dan Datuk Awang Aslee […]

» Read more

PRN Sabah: Lebih 1,000 Penyokong BN Iringi Calon BN Di Kalabakan

KALABAKAN, 15 Nov – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bermula pada 9 hingga 10 pagi ini di 73 pusat di seluruh negeri. Lebih 1,000 penyokong mengiringi tiga calon Barisan Nasional (BN) di sini, iaitu N70 Kukusan, Chaya Sulaiman; N71 Tanjung Batu, Samasuddin Yusop dan N73 Sebatik, Aslan Fadli Samsul Alang bagi calon Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

Penamaan Calon PRN Sabah Hari Ini, Kempen Menangi Hati Pengundi Bermula

KOTA KINABALU, 15 Nov – Medan pertarungan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 membuka gelanggangnya hari ini dengan proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi yang dipertandingkan. Tempoh satu jam diberikan iaitu dari 9 hingga 10 pagi untuk penyerahan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan senarai calon yang layak bertanding. Calon kemudiannya mempunyai […]

» Read more

Roti Bukan Umpan Undi… Mohamad Alamin Tempelak Parti Perkecilkan Sabah

KIMANIS, 14 Nov – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak wajar menerima mana-mana parti politik yang memperkecilkan masyarakat negeri itu atau gagal memahami budaya setempat. Beliau berkata demikian susulan kenyataan ADUN Pas yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria yang didakwa menghina rakyat Sabah dengan menyatakan bahawa ‘Orang Sabah kempen […]

» Read more

Tengku Adnan Turun Padang, Seru Golongan Muda Bersama ‘Bikin Balik Sabah’

TAWAU, 14 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengadakan lawatan ke DUN Apas dan DUN Balung bagi menyantuni masyarakat setempat serta mendekati golongan muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal memulakan kempennya, esok. Beliau menegaskan bahawa sokongan generasi muda amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini […]

» Read more
1 230 231 232 233 234 2,245