UMNO Nyata Tiga Saranan Tangani Krisis Pencemaran Sisa Toksik Di Pasir Gudang

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Susulan daripada tragedi pertumpahan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, UMNO turut terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap perkara ini. Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pertama, tragedi di Pasir Gudang telah menjadi krisis pencemaran dan jenayah biokimia yang serius, dan pada skala yang memerlukan segala daya usaha […]

» Read more

Malaysia Sekali Lagi Jadi Perhatian Dunia, Terkapai-kapai Tangani Pencemaran Sisa Toksik

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Nama Malaysia, sekali lagi terkenal negatif di media antarabangsa, berikutan kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, yang mengakibatkan hampir 1,000 orang, majoriti pelajar diberi rawatan termasuk rawatan sakit kritikal. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kejadian di Sungai Kim Kim menjadi penanda aras, apakah kita masih terkapai-kapai […]

» Read more

Bangkit Isu Pencemaran Toksik, Tiada Agenda Politik Tapi Prihatin Pada Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang membangkitkan isu pencemaran sisa toksik di Dewan Rakyat hari ini bukanlah untuk tujuan politik tapi prihatin pada rakyat, tegas Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya, anggota Parlimen pembangkang amat serius untuk melihat perkara berkaitan pencemaran sisa toksik di kawasan Pasir Gudang dapat diselesaikan segera. “Menteri kata jangan […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS: Semua Pihak Boleh Berikan Pandangan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua pihak boleh memberikan pandangan walaupun berbeza pendapat mengenai kerjasama antara UMNO dan PAS kerana ianya masih di peringkat jawatankuasa kerja yang belum memutuskan apa-apa mengenainya. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti menegaskan apa yang penting hari ini, jawatankuasa telah pun […]

» Read more

Sultan Johor Titah MB Tubuh Jawatankuasa Khas

JOHOR BAHRU 14 Mac – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia. Baginda bertitah, jawatankuasa itu juga perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) supaya fapat dipatuhi oleh semua pihak kelak bagi memastikan kejadian seperti ini tidak lagi […]

» Read more

GERAM Bidas Kecuaian MB Dan Kerajaan Negeri Johor Tangani Krisis Sisa Toksik

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia (GERAM), membidas kegagalan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Osman Sapian dan kerajaan negeri terbabit yang dianggap cuai menangani isu pencemaran toksik di Pasir Gudang sehingga ia merebak dan melarat. Jurucakapnya, Datuk Kamaruddin Ahmad selaku Pengerusi Biro Undang-undang dan Perlembagaan dari Kelab Sahabat N87 berkata sekiranya kerajaan Negeri Johor bertindak […]

» Read more

Kerajaan Wajar Isytihar Darurat Bencana Segera, Usah Kira Implikasi Kewangan – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat dukacita dan terkesan mengikuti laporan media massa berkenaan bilangan mangsa kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim yang sudah mencecah 975 orang dan 111 buah sekolah telah ditutup sehingga notis pemberitahuan kelak. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keadaan nampaknya semakin tidak terkawal dan risiko kepada rakyat semakin […]

» Read more

Mesyuarat Pertama UMNO-PAS Perak Beri Makna Besar Kukuhkan Kerjasama

IPOH 14 Mac – UMNO Perak menyifatkan mesyuarat pertama pimpinan peringkat negeri parti itu dengan pemimpin PAS negeri semalam memberi makna yang besar untuk kerjasama lebih erat kedua-dua parti itu. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, mesyuarat tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan perbincangan menjurus kepada soal mengukuhkan kerjasama dan muafakat pemimpin dan ahli UMNO dan PAS. Menurutnya, kedua-dua […]

» Read more

Tanggung Biawak Hidup: Pemuda UMNO Kedah Sifatkan Mahfuz Dalam ‘Ketakutan’

ALOR SETAR 14 Mac – Pemuda UMNO Kedah menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS seperti menanggung ‘biawak hidup’ apabila menjalin kerjasama dengan UMNO, adalah sebagai reaksi orang yang sedang dalam ‘ketakutan’. Bendaharinya, Datuk Hasmuni Hassan berkata, realitinya, Mahfuz bimbang kerjasama dua parti Melayu terbesar itu berisiko besar menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di […]

» Read more

Sekretariat Bertindak Rakyat Gesa Kerajaan Johor Bertindak Segera Selesaikan Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Sekretariat Bertindak Rakyat hari menggesa agar Kerajaan Negeri Johor khususnya ADUN Kempas yang juga Menteri Besar Johor mendengar keluhan rakyat dan menyegerakan langkah-langkah Pelan Adaptasi Johor Bahru bagi menangani permasalahan penduduk setempat. Menurut Jurucakapnya, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous, langkah tersebut seperti yang telah dikemukakan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pulai dan seperti yang dinyatakan dalam Bajet […]

» Read more
1 … 2,274 2,275 2,276 2,277 2,278 … 2,385