Setahun PH Mentadbir: Tak Ada Apa-apa Dibanggakan Selain Menyalahkan BN

GEORGETOWN, 8 Mei – Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad berkata setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tiada apa-apa yang hendak dibanggakan selain tindakan mereka yang hanya tahu menyalahkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, rakyat termakan ‘kata-kata manis’ dari pimpinan PH yang mereka berjanji akan melaksanakan manifestonya, namun setelah PH menang, hanya indah dari khabar tapi akhirnya rakyat tertipu.

“Semasa berkempen, PH memberikan pelbagai janji yang menarik perhatian rakyat supaya mempercayai dan dapat mengalahkan BN. Apabila menang dan tidak dapat menunaikan janji manifestonya, maka ia akan mengalihkan pandangan rakyat dan menyalahkan kerajaaan terdahulu.

“PH sengaja mencipta pelbagai alasan supaya rakyat akan marah kepada BN kerana kerajaan terdahulu mempunyai hutang yang banyak dan sebab itulah PH tidak dapat menunaikan janji-janjinya,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurut Mohd Noor lagi, apabila PH menjadi kerajaan sudah pasti mereka tahu bahan-bahan sulit kerahsiaan negara, hutang negara dan sebagainya tetapi mereka sengaja menciptakan alasan bahawa kerajaan terdahulu mempunyai hutang yang sangat tinggi supaya dapat mengelak dari dipertikai lantaran gagal menunaikan manifestonya.

“Untuk menyakinkan rakyat, PH mewujudkan dan melaksanakan ‘tabung harapan’ dengan alasan ingin menampung hutang-hutang yang dimiliki oleh kerajaan terdahulu. Langit tidak selalu cerah sekarang ini rakyat mempertikai dimanakah perginya duit tabung harapan yang dikumpul selama ini?

“Inilah cara mereka untuk menyakinkan kepada rakyat bahwa hutang ini benar-benar tinggi dan mereka tidak dapat melaksanakan janji-janji manifesto yang mereka janjikan kepada rakyat, namun rakyat tidak mudah diperbododhkan,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.