Perjuangan Berterusan…Tekad UMNO Terus Membela Rakyat

 

MELAKA, 8 Mei – Walaupun UMNO bukan lagi memegang tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan atau mempunyai kuasa namun tekad untuk meneruskan perjuangan dan membela rakyat keseluruhan tidak pernah berakhir.

Dalam hal ini, Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Razak Abdul Rahman melihat UMNO adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib Melayu dan rakyat Malaysia selama ini.

“Insya-Allah kita akan kekalkan apa yang kita lakukan selama ini. Kita yakin inilah parti yang memperjuangkan nasib seluruh rakyat Malaysia walaupun kita bukan lagi sebuah kerajaan tetapi kita tetap bekerja untuk membela rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Turut sependapat dengan hal ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pengerang, Halipi Maasip juga berharap agar perjuangan parti ini akan berakhir dengan kejayaan.

“UMNO adalah perjuangan yang selama-lamanya demi bangsa, agama dan negara dan juga untuk meneruskan agenda berbakti kepada rakyat keseluruhannya.

“Semoga perkembangan semasa hari ini menyedarkan dan membuka mata anak-anak muda untuk kembali kepada UMNO serta menyokong kerajaan terdahulu bagi menidakkan ketidakseimbangan Pakatan Harapan (PH) hari ini,” ujarnya.

Tarikh 11 Mei ini UMNO akan genap 73 tahun selepas ditubuhkan pada tahun 1946 dan menerajui perjuangan nasionalisme sehinggalah kemerdekaan negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.