Sultan Haji Ahmad Shah Mangkat

KUANTAN 22 Mei – Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Berikut kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’. Amin.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang