Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada, Rakyat Pahang Terasa Kehilangan

TEMERLOH 22 Mei – Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah amat dirasai oleh rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, Almarhum sememangnya terkenal sebagai raja yang sangat pemurah, sentiasa memgambil berat tentang kebajikan rakyat.

Katanya, Almarhum Tuanku yang memperkenalkan istilah “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” adalah seorang raja yang benar-benar menghayati istilah tersebut.

“Pernah terjadi kebakaran di Sekolah Menengah Datuk Bahaman, Almarhum bergegas berangkat dan menenangkan pelajar-pelajar yang terlibat dan berada di situ sepanjang tiga hingga empat jam. Begitu juga bila berlaku banjir dan lain-lain.

“Rakyat Pahang akan sangat terasa kehilangan Almarhum dan semoga roh baginda dicucuri rahmat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.