Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menyifatkan perjumpaan parti teras Melayu-Islam yang berlangsung pada minggu lalu bukan program kepartian sempit. Menerusi satu kenyataan, beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap ketidakhadiran PPBM, Putra dan badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) ke perjumpaan tersebut. “Saya memandang serius dan kesal terhadap […]

» Read more

Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz meluahkan kesyukuran selepas selesainya penyerahan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri 2026 bagi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan DUN Dusun Tua dan Semenyih. Beliau yang juga Penyelaras DUN Semenyih memaklumkan penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung pada semalam bertujuan meringankan beban rakyat sebagai persediaan menjelang […]

» Read more

Seruan Kembali Kepada UMNO Wajar Disambut Secara Terbuka – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Seruan untuk kembali ke pangkuan UMNO wajar disambut dengan sikap terbuka oleh semua pihak, kata Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, seruan tersebut lahir daripada kesedaran bahawa parti ini adalah benteng terpenting kelangsungan bangsa Melayu sejak ditubuhkan. “Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid […]

» Read more

Asna Tempelak Isham: Turunkan Ego, Jangan Rasa Terlalu Suci

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Mohd Asna Amin tampil membidas kenyataan Isham Jalil yang menyarankan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menurunkan ego dan memohon maaf kepada individu yang dipecat atau digantung daripada parti. Beliau menegaskan bahawa kenyataan Isham bukan sahaja tidak berasas malah dilihat cuba memutarbelitkan realiti sebenar […]

» Read more

Bantuan Kasih Johor Lambang Keprihatinan Kerajaan Negeri Terhadap Golongan Memerlukan

JOHOR BAHRU, 9 Mac — Inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat serta memastikan tiada […]

» Read more

Zaini Seru Sambut Penyatuan Presiden UMNO, Buka Ruang Perkukuh Perjuangan

BENTONG, 9 Mac – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh menyambut baik hasrat Presiden UMNO, yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada semua bekas ahli parti serta individu yang ingin kembali bersama perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Beliau berkata pendekatan yang diambil oleh Presiden UMNO itu mencerminkan kematangan politik serta keikhlasan kepimpinan parti dalam memperkukuhkan […]

» Read more

Ahmad Zahid Zahir Dukacita Pemergian Ilmuwan Agung Syed Muhammad Naquib Al-Attas

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh ilmuwan Islam terkemuka negara, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat dunia keilmuan Islam serta negara. Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang sarjana dan pemikir agung yang telah memberikan […]

» Read more

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Senator Datuk Rosni Sohar menyambut baik seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka ruang penyatuan tanpa syarat demi memperkukuhkan kembali kekuatan perjuangan parti. Beliau berkata ia mencerminkan kematangan politik dan keterbukaan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa meletakkan kepentingan bangsa dan negara mengatasi segala perbezaan. “Dalam menghadapi […]

» Read more

Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez

KUALA LUMPUR, 8 Mac – UMNO Bahagian Baling terus membuktikan komitmennya untuk sentiasa bersama rakyat apabila kepimpinannya turun padang menyantuni penduduk di beberapa kampung sekitar daerah itu. Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pendekatan mendekati masyarakat secara langsung menjadi amalan berterusan bagi memastikan suara dan keperluan rakyat sentiasa didengari. Beliau meluangkan masa menziarahi penduduk di […]

» Read more

Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar

JEMPOL, 8 Mac – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd (KPTMSB) berbesar hati menyertai majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Jempol, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting yang menghimpunkan pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. Pengerusinya, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha KPTMSB dalam menyantuni masyarakat setempat, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal […]

» Read more
1 222 223 224 225 226 2,355