Kerajaan Perlis Benar Peniaga Makanan Beroperasi Di Rumah Dan Bahu Jalan Sepanjang Ramadan – Azlan Man

KANGAR, 13 April – Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran […]

» Read more

Tiada Pencerobohan Pendatang Tanpa Izin Dikesan Di Sempadan Negara – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 13 April – Tiada pencerobohan pendatang tanpa izin dikesan di sempadan negara termasuk di jalan-jalan tikus setakat ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa di seluruh negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum, ramai yang menyuarakan kerisauan mengenai kawalan di sempadan dan jalan tikus, namun beliau memberi jaminan bahawa ia sentiasa dikawal […]

» Read more

Tangguh Solat Jumaat, Solat Berjemaah Dan Ceramah Di Masjid Sehingga 31 Mei – Sultan Selangor

SHAH ALAM, 13 April – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan, agar solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid, surau dan musollah, di negeri ini ditangguhkan sehingga 31 Mei, bagi mengekang penularan COVID-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, jika wabak COVID-19 dapat diatasi dan dibendung lebih awal, […]

» Read more

Pahang Tangguh Kebenaran Operasi Kedai Gunting Rambut, Cermin Mata- Wan Rosdy

KUANTAN, 13 April – Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk menangguhkan kebenaran operasi perniagaan kedai gunting rambut dan cermin mata sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu berdasarkan kepada nasihat dan pandangan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. “… kita membuat keputusan menangguhkan kebenaran premis ini beroperasi sehingga masa […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 13 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 13 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat-syarikat mengenai SOP kesihatan untuk tujuan membenarkan sesetengah industri meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more

COVID-19: 153 Kes Baharu Dengan Tiga Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 12 April – Sebanyak 153 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,683, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 ketika ini sebanyak 76 atau 1.62 peratus […]

» Read more

Kerajaan Ambil Maklum Kemungkinan Timbul Isu Jejas Keharmonian Rumah Tangga Semasa PKP

PUTRAJAYA, 12 April – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mengambil maklum kemungkinan timbul isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga, termasuk penderaan kanak-kanak, semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau berkata bagi kes yang melibatkan keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak, khususnya ketika tempoh PKP, orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau aplikasi […]

» Read more

Operasi Kedai Gunting Tertakluk Kelulusan MITI – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 12 April – Operasi kedai gunting rambut dan salon semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 April ini, adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan dan dicadang di kawasan zon hijau sahaja. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meneliti dahulu permohonan daripada sektor perkhidmatan terbabit sebelum ia dibenarkan […]

» Read more

UMNO Terengganu Agih Sumbangan RM206,100 Kepada Penduduk Terjejas PKP

KUALA TERENGGANU, 12 April – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu hari ini mula menyumbang RM206,100 kepada 7,040 keluarga yang memerlukan bantuan barangan keperluan dapur susulan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sumbangan itu adalah hasil kutipan yang diperoleh daripada Tabung COVID-19 UMNO Terengganu yang dilancarkan pada 29 Mac lepas. “Semua […]

» Read more

Kita Hampir Menang… Rakyat Malaysia Boleh Lakukan Bersama! – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 12 APRIL- Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris merasa kagum dan memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan rakyat sihat dan selamat dari ancaman COVID-19. Beliau sangat kagum dengan semangat seluruh pegawai dan kakitangan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjiwa kental untuk terus berada di barisan hadapan memberi rawatan terbaik kepada […]

» Read more
1 … 2,051 2,052 2,053 2,054 2,055 … 2,372