Kita Hampir Menang… Rakyat Malaysia Boleh Lakukan Bersama! – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 12 APRIL- Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris merasa kagum dan memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan rakyat sihat dan selamat dari ancaman COVID-19.

Beliau sangat kagum dengan semangat seluruh pegawai dan kakitangan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjiwa kental untuk terus berada di barisan hadapan memberi rawatan terbaik kepada mangsa COVID-19.

“Kita hampir menang. Saya cukup kagum dengan keupayaan KKM yang bertungkus-lumus memastikan negara ini bebas daripada CPVID-19.

“Kita sebagai rakyat perlu sentiasa akur dengan arahan kerajaan. Jangan ada yang ingkar, keluar tanpa sebab, tidak beri kerjasama dengan pihak berkuasa dan menyebarkan berita palsu. Itu semua akan melemahkan momentum kita,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Dr Najmil lagi, jasa mereka sangat besar untuk rakyat dan negara dan mereka tidak mengenal erti penat demi melindungi rakyat.

“Terima kasih semua pihak yang tidak mengenal erti penat dalam melindungi kami rakyat Malaysia. Saya amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.