COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 13 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 13 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat-syarikat mengenai SOP kesihatan untuk tujuan membenarkan sesetengah industri meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. KKM menafikan dakwaan bahawa doktor dari Hospital Shah Alam (HSA) melarang orang ramai mengunjungi Pasar Seksyen 6, Shah Alam berikutan lebih daripada tiga kes positif COVID-19 dilaporkan di kawasan pasar berkenaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.