COVID-19: Bilangan Pesakit Sembuh Terus Meningkat; PKP Diperketat

KUALA LUMPUR, 17 April – Jumlah pesakit COVID-19 yang pulih dan dibenarkan pulang terus mengatasi jumlah kes baharu bagi tempoh empat hari berturut-turut sehingga Khamis 15 April dan angka tertinggi dicatat pada Selasa 14 April iaitu 202 orang. Angka kes pesakit pulih semalam (Khamis) ialah 119 orang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang discaj, 2,766 iaitu 53.4 peratus daripada jumlah pesakit […]

» Read more

Putuskan Rangkaian COVID-19, Manfaatkan PKP Bersama Keluarga – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 17 April – Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini. Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru agar rakyat akan dapat memanfaatkan PKP untuk bersama keluarga. “Salam Jumaat penghulu segala hari semoga urusan kita dipermudahkan dan perjalanan kehidupan […]

» Read more

Agong Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam

KUALA LUMPUR, 17 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli meninjau sendiri keadaan lalu lintas pada sebelah malam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga di sekitar Kuala Lumpur. Istana Negara, menerusi laman Instagram, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 17 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 17 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, Johor menafikan dakwaan bahawa hospital itu menghadapi masalah kekurangan alat Penyukat Suhu. 2. Ketua Polis Daerah Sandakan menafikan dakwaan bahawa 800 […]

» Read more

Dua Kumpulan Umur Paling Tinggi Kadar Insiden COVID-19 – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 16 April – Kadar insiden COVID-19 bagi 100,000 populasi di Malaysia adalah paling tinggi bagi kumpulan umur 55 sehingga 59 tahun dan juga 60 sehingga 64 tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, pada mulanya statistik menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain, iaitu […]

» Read more

Tabung Perubatan KKM Terima RM174 Juta – Dr Adham

PUTRAJAYA, 16 April – Tabung Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani COVID-19 telah menerima sumbangan bernilai lebih RM174 juta daripada 216 penyumbang berbentuk wang tunai, peralatan dan perkhidmatan sehingga hari ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya berkata, KKM mengucapkan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang prihatin untuk sama-sama mendepani cabaran memutuskan rantaian COVID-19 di […]

» Read more

Kes Baharu Positif COVID -19 Kembali Meningkat Kepada 110 Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 16 April – Kes positif harian COVID-19 kembali meningkat kepada tiga angka dengan 110 kes baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari ini, berbanding 85 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,182 kes. Bagaimanapun beliau berkata, bilangan kes yang telah pulih […]

» Read more

MITI Perbaiki Sistem Permohonan Syarikat Untuk Beroperasi

PUTRAJAYA, 16 April – Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah menambah baik sistem dalam talian bagi permohonan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga susulan rungutan yang diterima mengenai sistem itu. Menterinya merangkap Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata selepas penambahbaikan yang dilaksanakan dengan kerjasama Cyber Security Malaysia dan Telekom […]

» Read more

Ekonomi Negara Dianggar Beroperasi Pada Kapasiti 45 Peratus Semasa PKP Tahap 1, 2

PUTRAJAYA, 16 April – Ekonomi negara dianggarkan beroperasi pada kapasiti 45 peratus, akibat penutupan perkhidmatan bukan keperluan selama empat minggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi negara tumbuh antara -2 peratus dan 0.5 peratus pada […]

» Read more

Program I-Hya Ramadan Bantu Golongan Memerlukan – Annuar

KUALA LUMPUR, 16 April – Walau tanpa majlis berbuka puasa atau program keramaian sempena bulan Ramadan tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai masih boleh menyalurkan sumbangan menerusi program I-hya Ramadan yang akan dilancarkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), 22 April ini. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata program itu diperkenalkan bagi membolehkan orang ramai, […]

» Read more
1 … 2,048 2,049 2,050 2,051 2,052 … 2,372