Putuskan Rangkaian COVID-19, Manfaatkan PKP Bersama Keluarga – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 17 April – Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru agar rakyat akan dapat memanfaatkan PKP untuk bersama keluarga.

“Salam Jumaat penghulu segala hari semoga urusan kita dipermudahkan dan perjalanan kehidupan kita diberkati, manfaatkan PKP ini bersama keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya makan,” ujarnya pendek menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau juga turut menyeru untuk bersama memutuskan raingkaian COVID-19 namun jangan sesekali memutuskan silaturrahim.

Dilaporkan semalam, kes positif harian COVID-19 kembali meningkat kepada tiga angka dengan 110 kes baharu dicatatkan, berbanding 85 pada hari sebelumnya

Fasa ketiga PKP bermula 15 – 28 April selepas tempoh yang sama diadakan untuk fasa pertama pada 18 – 31 Mac dan kemudian fasa kedua pada 1 – 14 April.

Sepanjang PKP berkuat kuasa, sasaran utama masih kekal sama iaitu untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Memetik kata-kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan perlanjutan PKP untuk fasa ketiga pada Jumaat lepas, beliau mengajak rakyat agar terus bersama-sama memerangi penularan COVID-19 kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini, penularan wabak itu dapat dikawal dengan izin Allah SWT.

Dalam sidang media harian berkaitan perkembangan PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ketinggalan memaklumkan jumlah individu yang dikenakan tindakan kerana ingkar PKP, selain jumlah sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia, terus diperketat. – UMNO Online
.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.