Keberadaan UMNO/BN Bersama Kerajaan Untuk Terus Bawa Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan memberikan makna tersendiri dalam membawa aspirasi rakyat. Menurut beliau ini kerana melalui kerjasama dalam kerajaan, perjuangan UMNO/BN dapat diteruskan melalui menteri dan timbalan menteri serta agensi dan institusi melalui kementerian dinaungi pemimpin parti. “Sudah pasti kewujudan agensi seperti […]

» Read more

Bersepadu Depani Tahun Baharu 2025, UMNO Terus Kukuh Bawa Perjuangan Keramat

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Mendepani tahun baharu 2025 yang berbaki beberapa hari lagi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari mengajak akar umbi parti untuk terus bersepadu bersama dengan kepemimpinan tertinggi dalam membawa perjuangan parti keramat ini. Beliau berkata ini kerana keutuhan dalam kalangan pendukung parti sangat penting dalam mendepani dinamika politik yang serba mencabar. “Kita harus […]

» Read more

Kenyataan Dr Akmal Bersifat Pertanyaan, Tidak Perlu Tarik Balik – Pemuda BN

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN), Neow Choo Seong melihat apa yang dinyatakan Pengerusi pergerakan itu, Datuk Dr Akmal Saleh berhubung Pengampunan Diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bersifat pertanyaan yang berniat untuk mendapatkan penjelasan sejurus kenyataan Peguam Negara pada 28 Disember 2024 berhubung isu pengampunan Diraja. Katanya tidak ada keperluan untuk Dr. Akmal Saleh […]

» Read more

Bakul Kasih Johor Inisiatif Kerajaan Negeri Pastikan Kesejahteraan Rakyat Terpelihara

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja Nor Rashidah Haji Ramli berkata inisiatif Bakul Kasih Johor jelas membuktikan usaha berterusan dan komitmen kerajaan negeri memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Ujar Nor Rashidah dalam satu perkongsian di Facebook, penyerahan Bakul Kasih Johor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja terus dilaksanakan secara berperingkat dari masa […]

» Read more

PERDASAMA Berperanan Penting Memperkukuh Usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Menteri Perladangan dan Komuniti Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata selama 25 tahun Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) telah memainkan penting dalam memperkukuh usahawan Bumiputera di negara ini. Ujar Naib Presiden UMNO itu, ia terutama dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta memperjuangkan perniagaan secara inklusif. “Saya menyeru usahawan Bumiputera untuk […]

» Read more

Melaka Berselawat: Contohi Keperibadian Rasulullah SAW, Perkukuhkan Ukhuwah – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersyukur beliau bersama isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz, malam tadi dapat menyertai ribuan tetamu hebat pada Majlis Berselawat Sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 bertempat di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka. Ujar Ab Rauf dalam satu perkongsian di Facebook, beliau dimaklumkan kira-kira 50,000 tetamu memeriahkan […]

» Read more

Amaran Hujan Berterusan: Ahmad Zahid Seru Rakyat Utamakan Keselamatan

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat untuk mengutamakan keselamatan lantaran amaran hujan berterusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) pada Ahad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Presiden UMNO memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kawasan yang dilanda banjir di beberapa buah daerah. “Laporan terkini kejadian bencana banjir […]

» Read more

Sistem Aduan Bersepadu Negeri Johor Inisiatif Penting, Tingkatkan Interaksi Rakyat Dan Pihak Berkuasa

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pembangunan Sistem Aduan Bersepadu Negeri Johor adalah inisiatif penting dalam meningkatkan interaksi antara rakyat dan pihak berkuasa. Susulan pengumuman Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam belanjawan Johor 2025 November lalu mengenainya, Mohd Jafni pada Ahad telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi gerak kerja terkini pembangunan […]

» Read more

Kerajaan Johor Teguh Bersama Palestin, Salur Bantuan Kemanusiaan – Fared

JOHOR BAHRU, 29 Dis – Sebanyak RM2 juta disumbangkan kerajaan Johor kepada rakyat Palestin menerusi Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin. Exco Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, persediaan misi kemanusian berkenaan disusun dengan begitu rapi bagi memastikan sumbangan dapat diterima rakyat Palestin. Beliau berkata, pembungkusan dan persiapan akhir penghantaran bantuan terbabit sedang disiapkan di Easy Log Air Cargo, […]

» Read more

Pendakwaan Kes Terburu-buru: Fitnah Jadi Senjata Pembunuhan Karakter – Kamil

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak berkaitan wujudnya pendakwaan mahkamah yang bermotifkan politik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pendakwaan ini berlaku ketika era pemerintahan seorang pemimpin yang sering bersifat narsistik. “Kena ingat suatu ketika dahulu Perdana Menteri sekarang ini, Datuk Seri […]

» Read more
1 201 202 203 204 205 1,938