Keberadaan UMNO/BN Bersama Kerajaan Untuk Terus Bawa Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan memberikan makna tersendiri dalam membawa aspirasi rakyat.

Menurut beliau ini kerana melalui kerjasama dalam kerajaan, perjuangan UMNO/BN dapat diteruskan melalui menteri dan timbalan menteri serta agensi dan institusi melalui kementerian dinaungi pemimpin parti.

“Sudah pasti kewujudan agensi seperti MARA, FELDA, KETENGAH, KEJORA sudah tentunya membantu bumiputera.

“Agenda bumiputera ini mesti dijalankan terus dari segi keseimbangan. Jadi kita memantapkan bumiputera yang khususnya harus diberi tumpuan.

“Malah majoriti dalam negara kita adalah bumiputera bukanlah kerana isu perkauman atau tidak tetapi memang agensi yang ada ini untuk memantau dan memastikan keseimbangan,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dalam pada itu turut sama berkata sumbangan pemimpin UMNO terdahulu yang mewujudkan pelbagai agensi di bawah kerajaan ternyata membawa membawa manfaat kepada orang Melayu dalam mengangkat pendidikan dan sosioekonomi untuk menjadi lebih baik.

“Saya yakin dan percaya kewujudannya telah dikaji puluhan tahun untuk wujudkan agensi-agensi ini seperti FELDA dan lain-lain.

“Jadi peranan agensi, jalankan tanggungjawab secara telus dan ikhlas untuk membantu rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit