Operasi Pasar Awam Di Pahang Hingga 2 Petang – MB Pahang

KUANTAN, 25 April – Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar awam di negeri ini beroperasi sehingga pukul 2 petang berkuatkuasa serta merta, berbanding 12 tengah hari seperti yang ditetapkan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat demi kepentingan semua peniaga pasar selepas mengambil kira aduan peniaga khususnya penjual daging yang […]

» Read more

Premis Makanan Bukan Islam Boleh Berniaga 7 Pagi -7 Malam – Wan Rosdy

KUANTAN, 24 April – Kerajaan negeri Pahang membenarkan premis menjual makanan bukan Islam di negeri ini untuk beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Ramadan ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada peniaga terlibat berhubung ketetapan sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa […]

» Read more

Sultan Johor Nasihat Umat Islam Manfaatkan Ramadan Sebaiknya

JOHOR BAHRU, 24 April – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menasihati umat Islam negeri ini supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaiknya dengan meningkatkan amal ibadah di rumah, bermuhasabah diri serta bertawakal kepada Allah SWT. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah Ramadan kali ini membawa suatu kelainan yang tidak pernah dirasai rakyat […]

» Read more

JKM Nafi Agih Bakul Makanan Dengan Nilai Rendah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 24 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujud pengagihan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah seperti didakwa sesetengah pihak ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. […]

» Read more

Pasar Borong KL Mula Operasi Hari Ini Dengan Kawalan Ketat – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 24 April – Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang kembali beroperasi bermula hari ini selepas selesai menjalani proses sanitasi dan kerja pembersihan selama empat hari di kawasan beerkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Bagaimanapun, beliau menegaskan pihak berkuasa akan memantau operasi pasar borong tersebut supaya peniaga mematuhi peraturan dan prosedur yang ketat bagi mengelakkan penularan […]

» Read more

Johor Beri Insentif Khas Kepada Anggota Barisan Depan PBT

JOHOR BAHRU, 24 April  – Kerajaan negeri Johor akan memberikan insentif khas RM300 sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kepada anggota barisan hadapan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat secara langsung dengan usaha pemutusan rantaian penularan COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil berkata pembayaran insentif dengan peruntukan perbelanjaan berjumlah RM1.512 juta bagi tempoh pelaksanaan […]

» Read more

PKP Dilanjut Sehingga 12 Mei – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 23 April – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir 28 April ini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri ketika mengumumkan keputusan kerajaan itu berkata bagaimanapun jika kes COVID-19 terus mencatat penurunan ketara, kerajaan mungkin memberi kelonggaran secara berperingkat-peringkat. “Berdasarkan statistik terkini, jumlah pesakit sembuh telah meningkat kepada […]

» Read more

Agong Berkenan Adakan Sidang Video Bersama Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR, 23 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara. Istana Negara dalam catatan di laman Instagram rasmi (istana_negara) memaklumkan secara lazimnya majlis menghadap bersama Seri Paduka berlangsung […]

» Read more

COVID-19: Bilangan Kes Harian Konsisten Dua Angka Pada 71, Dua Lagi Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 23 April – Malaysia menyaksikan bilangan kes positif COVID-19 secara harian yang konsisten iaitu pada kadar dua angka dalam tempoh tujuh hari berturut-turut dan pada masa sama mencatat dua lagi kes kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif kini sebanyak 5,603 kes. Beliau […]

» Read more

Penduduk PKPD Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Selayang Dibekal Makanan Secukupnya – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 23 April – Penduduk kawasan Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Selayang akan dibekalkan makanan secukupnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di situ. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat berkenaan bekalan makanan yang tidak mencukupi kerana yang diberikan itu hanya meliputi bekalan asas seperti beras dan tepung gandum. […]

» Read more
1 … 1,989 1,990 1,991 1,992 1,993 … 2,379