Jefferi Nor Santuni Mangsa Ribut, Hadiri Majlis Perkahwinan Sempena Pesta Menuai

PUTATAN, 31 Mei – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jefferi Nor Mohamed meluangkan masa menziarahi sebuah keluarga yang rumah mereka dihempap pokok besar akibat ribut yang melanda Kampung Teguli, Putatan, malam tadi.

Beliau menyatakan rasa simpati terhadap nasib keluarga berkenaan dan mendoakan agar mereka sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT serta tabah menghadapi ujian tersebut.

“Insya-Allah, saya akan membantu apa yang termampu bagi meringankan beban keluarga ini. Saya juga mendoakan agar seluruh penduduk daerah Putatan sentiasa dilindungi daripada sebarang bala dan bencana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sempena sambutan Pesta Kaamatan, Jefferi turut memenuhi beberapa jemputan majlis perkahwinan yang berlangsung di Kampung Beringgis, Dewan Sri Putatan dan Kepayan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mengundangnya serta mendoakan agar setiap majlis yang berlangsung berjalan dengan lancar dan diberkati.

Menurutnya, sambutan Pesta Kaamatan bukan sahaja menjadi medan meraikan tradisi dan budaya masyarakat Sabah, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk melalui pelbagai program kemasyarakatan dan kekeluargaan. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO