Musyawarah Nasional Wadah Strategik Rumus Penyelesaian Cabaran Ummah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 April – Musyawarah Nasional diharap menjadi platform yang menghimpunkan pertubuhan bukan kerajaan Islam dan Melayu, ahli profesional, tokoh berpengaruh serta pemimpin pendapat untuk berinteraksi, bertukar pandangan dan merumuskan penyelesaian terbaik kepada cabaran dihadapi ummah hari ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata platform itu juga berperanan sebagai medan menghimpunkan hikmah dan membawa manfaat besar […]

» Read more

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 13 April – Persidangan di peringkat cawangan UMNO dilihat sebagai platform penting dalam usaha meraih kembali ahli dan penyokong untuk kembali berhimpun di bawah gagasan Rumah Bangsa. Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, persidangan cawangan bukan sekadar memenuhi keperluan organisasi, tetapi perlu dimanfaatkan sebagai ruang memperkukuh semangat penyatuan dalam kalangan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang

KUANTAN, 13 April — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan suara generasi muda melalui penyediaan ruang dan platform yang inklusif bagi pembangunan negeri. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjung hormat daripada Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Wisma Sri Pahang hari ini. Menurut beliau, pertemuan tersebut […]

» Read more

Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 13 April – UMNO perlu memanfaatkan pengalaman sepanjang lapan dekad sebagai asas untuk kembali memperkukuh keyakinan rakyat dan mengembalikan kegemilangannya sebagai parti teras negara. Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, usia 80 tahun merupakan satu tempoh yang sarat dengan pengalaman, sekali gus membuktikan UMNO bukan sekadar parti politik biasa, sebaliknya sebuah institusi yang telah banyak menyumbang kepada […]

» Read more

Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib

KUALA LUMPUR, 13 April – Inisiatif bantuan khas Aidilfitri kepada guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru Al-Quran di negeri Pahang disifatkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam menghargai jasa serta pengorbanan para pendidik yang banyak menyumbang kepada pembangunan syiar Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri […]

» Read more

UMNO Ke-80: Kukuh Hadapi Era Baharu, Legasi Sejarah Aset Kekal Relevan

KUALA LUMPUR, 13 April – Menjelang ulang tahun ke-80, parti UMNO terus dilihat mempunyai asas kekuatan yang kukuh untuk kekal relevan dalam landskap politik semasa, khususnya melalui adaptasi kepada era digital dan pengukuhan naratif perjuangan parti. Sejarawan Negara, Datuk Dr Ramlah Adam, berpandangan bahawa walaupun UMNO berdepan cabaran komunikasi dalam media sosial, parti itu masih memiliki kelebihan besar dari segi […]

» Read more

Ahmad Zahid Fokus Perkukuh Tingkat Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) bagi Program Malaysia My Second Home (MM2H) dalam usaha memperkukuh daya tarikan pelaburan negara. Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, dalam keadaan landskap ekonomi yang semakin mencabar, pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus amat penting bagi memastikan Malaysia terus […]

» Read more

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Masyarakat, Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR, 13 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbesar hati turun padang bagi menyantuni warga Gerik melalui pelbagai program bersama masyarakat setempat. Menurut beliau, selain mengeratkan hubungan dengan masyarakat, kunjungan tersebut turut memberi ruang untuk beliau menghulurkan sumbangan peribadi serta mendengar sendiri permasalahan rakyat. “Memang menjadi rutin mingguan apabila pulang ke Gerik, jadual disusun dari […]

» Read more

Mohd Rafi Seru Ahli UMNO Pupuk Kasih Sayang Demi Kelangsungan Parti

LABUAN, 13 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menyeru seluruh ahli parti khususnya di peringkat akar umbi agar terus menanam sifat kasih dan sayang terhadap UMNO demi memastikan kelangsungan serta relevansi parti itu pada masa hadapan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, keikhlasan dan kesetiaan ahli merupakan asas penting yang akan […]

» Read more

KUSKOP Perkasa Ekosistem Usahawan Dan Pelancongan Sabah Sempena TMM 2026

KOTA KINABALU, 13 April – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin bagi membincangkan usaha memperkukuh sektor pelancongan dan keusahawanan di negeri ini, baru-baru ini. Menurut Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis, sektor pelancongan merupakan antara tulang belakang ekonomi Sabah yang perlu […]

» Read more
1 195 196 197 198 199 2,355