Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menzahirkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said atas kejayaan membatalkan tuntutan waris kesultanan Sulu. Beliau yang juga pengamal undang-undang menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti bahawa Malaysia menegakkan kedaulatan negara, sekaligus menghantar mesej […]

» Read more

Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu

LAHAD DATU, 11 Dis – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyeru seluruh ahli UMNO khususnya di Sabah agar memperkukuhkan kesatuan selepas Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Ketua UMNO Sabah yang baharu, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Sharif Musa berkata pelantikan itu harus dijadikan ruang mencari titik persamaan antara semua pemimpin dan ahli UMNO […]

» Read more

Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah. Menurut Sollehin, keputusan itu selari dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina […]

» Read more

Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan

SEREMBAN, 11 Dis – Kerajaan Negeri Sembilan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkasa golongan belia melalui program pembangunan kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan, selaras dengan agenda membangunkan generasi muda yang lebih berkualiti dan berdaya saing. Menurut ADUN Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, kerajaan negeri kekal tegas memberikan keutamaan kepada belia kerana mereka merupakan aset terpenting negeri. “Kerajaan Negeri […]

» Read more

Ahmad Zahid Bertemu PM Thailand, Bincang Perkembangan Keselamatan Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, bagi membincangkan perkembangan keselamatan serantau serta isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Pada pertemuan tersebut beliau yang juga Presiden UMNO memaklumkan Malaysia amat prihatin terhadap situasi yang sedang berlaku dan berharap segala usaha penyelesaian […]

» Read more

Kes Sulu: Tanpa Senjata, Dengan Fakta Kejayaan Kerajaan Pertahan Sabah – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan sepenuhnya ‘Final Award’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia disifatkan sebagai kemenangan besar dalam mempertahankan kedaulatan negara, khususnya negeri Sabah. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, berkata keputusan itu membuktikan bahawa usaha berterusan kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa akhirnya membuahkan […]

» Read more

Malaysia Perkukuh Tekanan Antarabangsa Terhadap Kekejaman Israel – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Malaysia terus berusaha memastikan akauntabiliti terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, komitmen ini dizahirkan melalui sokongan padu serta penyertaan aktif Malaysia dalam prosiding Pendapat Nasihat (Advisory Opinion) di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan isu Palestin. “Penyertaan Malaysia dalam prosiding Pendapat Nasihat ICJ […]

» Read more

ADUN Behrang Tekankan Suara Akar Umbi Dalam Pemurnian Pelan Sejahtera Sosial Perak 2030

BEHRANG, 11 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin, menegaskan bahawa proses libat urus dalam Pemurnian Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial Perak 2030 bukan sekadar sesi perbincangan di meja rundingan, tetapi medan penting untuk membawa suara rakyat dari peringkat akar umbi ke pengetahuan pembuat dasar negeri. Menurut beliau, pelan sosial yang dirangka perlu benar-benar mencerminkan realiti hidup […]

» Read more

PPTM Tegas Aspirasi Malaysia, Posisikan Negara Sebagai Hab Pendidikan Tinggi Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026–2035, menegaskan aspirasi Malaysia untuk terus memposisikan negara sebagai Hab Pendidikan Tinggi Serantau, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, PPTM 2026–2035 dibangunkan melalui proses libat urus berskala besar dan merentasi pelbagai kumpulan masyarakat. “Sehingga kini, lebih […]

» Read more

Dr Akmal Saleh Rayu Mohon PM Tolak Desakan Iktiraf UEC

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan pendirian tegas menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan merayu kepada Perdana Menteri agar tidak tunduk kepada desakan untuk mengiktiraf sijil tersebut. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata ini kerana UEC tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan kerana sistem peperiksaan itu tidak menggunakan bahasa […]

» Read more
1 196 197 198 199 200 2,242