Harga Minyak Sawit Dijangka Kembali Kukuh Susulan Import Semula Oleh India

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan pengimport India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Beliau berkata perubahan pendirian kerajaan India untuk tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis serta kesediaan kerajaan Malaysia memastikan jurang dagangan kembali rapat telah membantu […]

» Read more

Negara Lalui Kelaziman Baharu Urus Ancaman Kesihatan Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Malaysia sedang berada dalam fasa penyesuaian yang memerlukan kelaziman baharu terbaik bagi mengurus ancaman kesihatan fizikal dan mental akibat impak pandemik COVID-19, kata seorang bekas pesakit COVID-19. Muhammad Ridzuan Ahmad Kamil yang juga ahli seumur hidup Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) berkata, kadar peratusan pesakit yang sembuh melebihi 80 peratus membuktikan majoriti pesakit COVID-19 yang dirawat […]

» Read more

Sambut Aidilfitri Mengikut Lunas Hukum Syarak – Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU, 20 Mei – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negeri ini supaya menyambut Aidilfitri mengikut lunas yang ditetapkan syarak, agar amal ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadan menjadi lengkap dan sempurna. Baginda bertitah rakyat perlu memahami bahawa matlamat hari raya bukan semata-mata hari yang disambut dengan kegembiraan dan hidangan pelbagai makanan tetapi ia sebenarnya mengajak umat […]

» Read more

SOP Ziarah Kubur, Kerajaan Tunggu Keputusan KKM Dan MKN – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Mei – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti menziarahi kubur semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata buat masa ini KKM hanya menasihati orang ramai untuk tidak menziarahi kubur seperti kelaziman yang dibuat setiap […]

» Read more

Skim Harga Hari Raya Bermula 20 Mei, Pesta Kaamatan Dan Gawai Mulai 28 Mei

PUTRAJAYA, 19 Mei – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk 11 barang kawalan bagi sambutan Aidilfitri akan bermula pada 20 Mei ini selama 15 hari sehingga 3 Jun, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi. Bercakap pada sidang media mengenai perkara itu di sini hari ini, beliau berkata untuk Pesta Kaamatan dan Hari Gawai […]

» Read more

COVID-19 : Jumlah Kes Baharu 37, Pulih 31 Dan 1 Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 19 Mei – Terdapat 37 lagi kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,978 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,218 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. “Ingin dimaklumkan daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, […]

» Read more

Polis, ATM Buat Rondaan Pada Hari Perayaan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya terdapat kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan bagi mengetahui jumlah individu yang […]

» Read more

Sidang DUN Perlis Esok Hanya Satu Jam Setengah

KANGAR, 19 Mei – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah. Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19. “Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah […]

» Read more

KKM Pertimbang Penguatkuasaan Larang Bawa Anak Keluar

PUTRAJAYA, 18 Mei – Orang ramai yang masih berdegil membawa anak kecil ke tempat awam tanpa urusan penting berkemungkinan berhadapan tindakan penguatkuasaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Jelasnya, KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan perbincangan esok berhubung perlaksanaan penguatkuasaan terhadap mereka yang masih berdegil. Setakat ini, KKM dan MKN masih menggunakan pendekatan lembut dengan […]

» Read more

PKPB: Lebih 1,000 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Berpatah Balik

PUTRAJAYA, 18 Mei – Sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik. “Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia berdegil untuk balik […]

» Read more
1 … 1,970 1,971 1,972 1,973 1,974 … 2,378