Sebar Berita Palsu COVID-19: Polis Rakam Keterangan Ahli Parlimen Kuantan

KUALA LUMPUR, 12 April – Polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Kuantan Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata catatan bersama sebuah rakaman video berhubung dakwaan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Fuziah Salleh’. […]

» Read more

Bantuan ‘One-Off’ Penuntut IPT Diperluaskan Kepada Pelajar Tingkatan Enam, Diploma & Setara

KUALA LUMPUR, 11 April – Bantuan sekali bayar RM200 kepada penuntut sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diumumkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kini diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan setara. Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini berkata bantuan tersebut diperluaskan termasuk untuk pelajar di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 7.30 Malam, 11 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 11 April – Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini. 1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia menafikan pernah mengeluarkan dokumen bertajuk “Cadangan SOP & Garis Panduan Bagi Kebenaran Beroperasi Untuk Projek Pembinaan Semasa PKP” dan “Garis Panduan Amalan Langkah […]

» Read more

KKM Bakal Tambah Makmal Pengesanan COVID-19 Di Johor – Dr Adham

JOHOR BAHRU, 11 Apr – Kementerian Kesihatan akan menambah makmal pengesanan COVID-19 baharu di Johor sebagai langkah kesiapsiagaan dan usaha mengekang penularan wabak itu di negeri ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata makmal itu adalah tambahan kepada fasiliti makmal sedia ada untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19. Setakat ini, Johor mempunyai dua makmal COVID-19 iaitu makmal Hospital Sultanah […]

» Read more

Berita Palsu: Percakapan Bekas Timbalan Menteri Dirakam

CYBERJAYA, 11 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merakam percakapan seorang bekas timbalan menteri berkaitan penyebaran berita palsu melalui sebuah video di laman Facebooknya, kononnya berlaku situasi luar kawalan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. SKMM, dalam kenyataan hari ini, berkata rakaman berkenaan diambil dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) […]

» Read more

KKM Cadang Tangguh Sementara Operasi Kedai Gunting Rambut, Beberapa Sektor

PUTRAJAYA, 11 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi semula seperti kedai gunting rambut, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, ditangguhkan sementara waktu. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia juga termasuk cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membenarkan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) pulang ke kediaman masing-masing. “Dari […]

» Read more

COVID-19: 184 Kes Baharu Dengan Tiga Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 11 April – Sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,530, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 ketika ini sebanyak 73 atau 1.61 peratus […]

» Read more

Insentif RM500 Kepada Penjaja, Peniaga Sertai Konsep Baharu Bazar Ramadan WP – Annuar

KUALA LUMPUR, 11 April – Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberi insentif RM500 kepada setiap penjaja yang menyertai konsep baharu perniagaan Ramadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata oleh kerana tiada bazar Ramadan pada tahun ini, maka perniagaan makanan berkonsepkan tiga kaedah iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil serta e-panggilan akan dilaksanakan. “Pendaftaran itu akan dibuka […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 3 Petang, 11 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 11 April – Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) petang ini. 1. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa masyarakat Orang Asli dipinggirkan dan tidak diberikan sebarang bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jabatan Kemajuan Orang […]

» Read more

COVID 19: Individu Kembali Dari Luar Negara Enggan Beri Kerjasama Boleh Dipenjara

PUTRAJAYA, 11 April – Individu yang kembali dari luar negara dan enggan memberikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk hukuman penjara dan denda kerana menghalang penjawat awam untuk melakukan tugas. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum […]

» Read more
1 1,879 1,880 1,881 1,882 1,883 2,257