KWSP Sedang Perhalusi Kemudahan Pengeluaran Akaun 1

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas. “Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini. Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu […]

» Read more

NADMA Sedia SOP Lengkap Pengurusan Banjir – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana lengkap sebagai persediaan menghadapi banjir, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini termasuk ketika proses pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ketika berada di dalam PPS dan juga selepas banjir selesai seperti gotong-royong mencuci dan sebagainya. […]

» Read more

Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Sidang Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas dibentangkan Jumaat lepas. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, perbahasan akan bermula sebaik selesai sesi soal jawab lisan yang akan membuka tirai hari keenam persidangan itu, yang mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas […]

» Read more

SPM, SVM, STAM Dipinda Ke 22 Feb, STPM Pada 8 Mac Tahun Depan

PUTRAJAYA, 8 Nov – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dipinda ke 22 Feb tahun depan, umum Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini. Beliau turut mengumumkan tarikh baharu bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianjak ke 8 Mac 2021. Katanya, perincian mengenai semua peperiksaan awam […]

» Read more

Pentadbir, Ketua Kampung Di Segamat Diminta Kumpul Data Masyarakat Mudahkan Saluran Bantuan

SEGAMAT, 8 Nov – Para pentadbir termasuk penghulu dan ketua-ketua kampung di sekitar daerah ini diminta mengumpul data masyarakat di daerah berkenaan, bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan memerlukan khususnya B20. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata pembangunan data yang lengkap sudah tentunya membantu Kerajaan Negeri memberikan penumpuan khusus terhadap usaha membantu golongan berkenaan. “Kita kena kumpul maklumat, kenali mereka, […]

» Read more

KBS Terus Komited Lonjakkan Pembangunan Belia Dan Sukan – Reezal

KEPALA BATAS, 8 Nov – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus komited untuk melonjakkan pembangunan belia dan sukan, seiring dengan peruntukan yang telah disalurkan kepada kementerian tersebut pada Belanjawan 2021. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyedari bahawa Belanjawan kali ini bukan mudah, kerana dibuat dalam saat sukar ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, namun pihaknya […]

» Read more

Kementerian WP Tumpu Pembangunan Komuniti, Program River Of Life

KOTA BHARU, 7 Nov – Antara yang akan diberi tumpuan dalam peruntukan RM956.77 juta bagi membangunkan serta memberi manfaat kepada penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagaimana yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam; adalah soal pembangunan komuniti dan kesejahteraan bandar serta program River of Life (ROL). Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pembangunan komuniti dan kesejahteraan […]

» Read more

COVID-19: Tempahan Awal Vaksin Selepas Dapat Kelulusan KKM – Khairy

SEREMBAN, 7 Nov – Kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pihaknya yakin peruntukan itu mencukupi bagi membuat tempahan awal vaksin berkenaan yang dianggarkan diperoleh suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Kita akan mula buat […]

» Read more

Tingkat Kesedaran Pemeriksaan Awal Kanser Mulut – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan dan pengesanan awal kanser mulut perlu ditingkatkan susulan 60 peratus kes kanser mulut di Malaysia lewat dikesan iaitu pada tahap tiga dan empat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata berdasarkan kajian dilakukan dalam kalangan pesakit kanser mulut di negara ini mendapati kadar kelangsungan hidup lima tahun hanyalah […]

» Read more

Naik Taraf Sistem Bekalan Air Tingkat Keyakinan Pelabur – MB Pahang

KUANTAN, 7 Nov – Peruntukan RM45 juta bagi menaik taraf sistem pembekalan air terawat ke Gebeng di sini yang diumumkan oleh Belanjawan 2021 semalam, dapat meningkatkan keyakinan pelabur untuk datang melabur di kawasan perindustrian itu. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia melibatkan kerja menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Semambu dan Rumah Pam Air Kobat […]

» Read more
1 … 1,847 1,848 1,849 1,850 1,851 … 2,373