Apa Telah Jadi Dengan Tuduhan ‘Demi Allah’ Ini? – Najib

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tuduhan yang dibuat bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung dakwaan kira-kira 40,000 hektar tanah milik tentera telah diswastakan tanpa tender terbuka tahun lalu. Bekas Perdana Menteri berkata, nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan terhadap beliau sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14). […]

» Read more

‘Dulu Kita Sama-Sama Bantah AES, Sahabatku’

SEREMBAN 4 Feb. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dibidas kerana menambah kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di lebuh raya walaupun membantah pemasangan alat itu semasa menjadi pembangkang. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rasah, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah berkata, beliau dan Anthony pernah bersama-sama menentang pelaksanaan kamera itu yang dulunya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) […]

» Read more

Tidak Pernah Beri RM90 Juta Kepada Abdul Hadi, Pas – Najib

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah membayar wang sebanyak RM90 juta kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun parti tersebut. Najib berkata, adalah tidak adil untuk Pas terus diserang dan difitnah secara berterusan berhubung isu tersebut. “Perlu diingat bahawa pihak berkuasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) […]

» Read more

Ustaz Ahmad Husam Mohon Maaf Kepada Najib

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Husam Baderudin hari ini memohon maaf secara peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terlalu percaya terhadap fitnah yang dilemparkan kepada beliau sebelum ini. Ahmad Husam dalam permohonan maaf yang dilakukan secara langsung dalam akaun Facebook milik beliau itu turut membawa hasrat masyarakat yang beliau temui mahu […]

» Read more

Pemuda Bidas Patriot

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Agyl Wan Hassan menyelar tindakan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang menolak kritikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan pelantikan wakil rakyat Dap sebagai ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menurut Wan Agyl, kenyataan Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji merupakan pandangan peribadi […]

» Read more

Hina Agong: Kerajaan Pahang Desak Tindakan Tegas, Segera

KUANTAN, 2 Feb – Kerajaan negeri Pahang mendesak supaya tindakan tegas dan hukuman segera dikenakan terhadap pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebagai penyelesaian jangka panjang, beliau mencadangkan supaya undang-undang khusus berkaitan isu tersebut dibincangkan secara serius dan diperkenalkan, merujuk kepada pelaksanaan […]

» Read more

MySalam: Tangguh Dulu, Jangan Gopoh

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kenapa tergopoh-gapah sangat hendak melaksanakan Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mySalam), sedangkan perkhidmatan kesihatan negara ketika ini antara yang terbaik di dunia? Tidak semua perkara yang dilaksanakan di Ame¬rika Syarikat, Australia dan Uni-ted Kingdom boleh dicontohi kerana hakikatnya ketiga-tiga negara itu juga gagal dalam menyediakan perkhid¬matan kesihatan yang terbaik kepada rakyat masing-masing. Presiden Ikatan Pengamal […]

» Read more

UMNO Perlu Sedia Adaptasi Saranan NACP, Peluang Terbaik Tangkis Persepsi Umum

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang turut melibatkan UMNO merupakan peluang serta kesempatan terbaik dalam usaha parti untuk mengubah tanggapan dan memperbetul persepsi umum terhadap nilai dan amalan parti selama ini. Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata peluang ini juga sebenarnya wajar dimanfaatkan parti seterusnya untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO kini dalam proses […]

» Read more

Iktibar Dari Cameron Highlands

MENARIK untuk mengamati pelbagai macam analisis dan pandangan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini. Apa jua pengisian hujah dan congakan yang dibuat, majoriti pengundi Cameron Highlands sudah menghantar isyarat bahawa mereka masih setia bersama Barisan Nasional (BN). Pakatan Harapan (PH) yang awal-awal lagi melaungkan keyakinan untuk menang akhirnya memilih untuk menuduh BN bermain isu kaum […]

» Read more

UMNO Sabah Terus Mengorak Langkah, Perkasakan Parti Demi Khidmat Kepada Rakyat – Jafry

KUALA LUMPUR, 31 Jan – UMNO Sabah yakin dan percaya kekuatan dan semangat yang ada pada ahli, seluruh pimpinan dan pendokong parti masih utuh dan tidak terganggu-gugat dengan senario yang ada pada hari ini kerana masing-masing mahu melihat UMNO terus ke depan. Setiausahanya, Datuk Jafry Arifin berkata dalam mengharungi pelbagai cabaran dan segala rintangan, semangat yang ada perlu sama-sama dikekalkan […]

» Read more
1 1,798 1,799 1,800 1,801 1,802 1,908