Apa Telah Jadi Dengan Tuduhan ‘Demi Allah’ Ini? – Najib

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tuduhan yang dibuat bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung dakwaan kira-kira 40,000 hektar tanah milik tentera telah diswastakan tanpa tender terbuka tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri berkata, nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan terhadap beliau sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

“Saya juga ingin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat dibuat terhadap saya sebelum PRU-14.

“Kini, Pakatan Harapan (PH) telah memegang Putrajaya selama sembilan bulan dan boleh merujuk serta membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai tuduhan yang amat serius ini. Apa telah jadi dengan tuduhan ‘Demi Allah’ ini?,” soalnya menerusi akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Pada April tahun lalu, Rafidah dalam catatan di Facebook berkata pada penghujung 2008, Menteri Pertahanan ketika itu, Najib telah membentangkan kertas Kabinet untuk mendapatkan kelulusan untuk menswastakan lebih 40,000 hektar tanah milik Kementah atau tentera.- Utusan Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.