Isu LKM: PDRM Dan JPJ Perlu Diselaraskan Arahan, Agar Tiada Kekeliruan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi berharap agar kerajaan menasihatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya sebelum melakukan sesuatu pengumuman hendaklah berbincang terlebih dahulu sesama sendiri. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, adalah lebih baik diselarikan arahan supaya tidak mengelirukan orang awam dalam penguatkuasaan kerana dalam […]

» Read more

Pemilihan UMNO Sebelum PRU15 Boleh Cetus Keretakan, Pecah-Belah Parti – Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan UMNO dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan […]

» Read more

Khidmat Warong Rider Atasi Sesak Di Bazar Ramadan – Sulaiman

MELAKA, 30 Mac – Perkhidmatan penghantaran barang ‘Warong Rider’ yang dijadualkan bermula di Melaka awal bulan puasa ini, akan memberikan banyak keselesaan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan juadah dari bazar Ramadan nanti. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata platform yang melibatkan urusniaga secara e-dagang dengan pembayaran secara dalam talian itu juga sedikit sebanyak dapat memastikan penjarakan sosial, […]

» Read more

Taman Marin Teluk Darvel Dan Taman Terumbu Mantanani Akan Diwartakan Bagi Melindungi Biodiversiti Marin Sabah

KUDAT, 30 Mac – Dua taman marin di Sabah iaitu Teluk Darvel di Lahad Datu dan Taman Marin Terumbu Mantanani di Kota Belud, sedang dalam proses untuk diwartakan bagi melindungi biodiversiti marin di kawasan perairan negeri ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pada masa ini terdapat enam taman marin di negeri itu yang diurus […]

» Read more

Sebarang Keputusan Peletakan Jawatan Menteri Perlu Dibuat Secara Kolektif – Wee

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Sebarang keputusan berkenaan peletakan jawatan menteri susulan penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan yang belum ditetapkan tarikhnya perlu dibuat secara kolektif antara parti-parti komponen, menurut Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata MCA sentiasa mendukung Barisan Nasional (BN) sejak penubuhan parti Perikatan dan keputusan untuk menyertai kerajaan pada tahun lepas juga dibuat secara […]

» Read more

Kerjasama Semua Pihak Diperlukan Dalam Usaha Melawan Pandemik COVID-19 – Agong

KUALA LUMPUR, 29 Mac  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua rakyat untuk berganding bahu menunaikan tanggungjawab melindungi diri dan masyarakat menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Seri Paduka bertitah usaha melawan pandemik COVID-19 wajar digalas menerusi kerjasama semua pihak termasuk kerjasama antara kerajaan dan rakyat serta melalui semangat setiakawan yang erat dari seluruh […]

» Read more

Bakal Jemaah Haji Diberi Keutamaan Terima Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 29 Mac – Bakal jemaah haji Malaysia tahun ini akan diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19, apabila kerajaan Arab Saudi menetapkannya sebagai syarat wajib, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Bercakap dalam sidang media mengenai perkembangan program imunisasi COVID-19 di sini hari ini Khairy berkata, Tabung Haji akan mengemukakan senarai jemaah haji mengikut jadual setelah mendapat […]

» Read more

Lebih 129,000 Orang Telah Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 29 Mac  – Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, 28 Mac. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 451,655 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 580,765. Menerusi satu infografik yang […]

» Read more

Melaka Lancar RKK Bangunkan Sektor Pelancongan Di Ayer Keroh

MELAKA, 29 Mac – Kerajaan negeri Melaka hari ini melancarkan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Zon Pelancongan Ayer Keroh dalam usaha menaik taraf beberapa tempat pelancongan di kawasan berkenaan agar terus menggamit kunjungan pelancong. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata RKK Zon Pelancongan Ayer Keroh merupakan dokumen pemajuan yang disediakan bagi tujuan pelaksanaan segera dan dikategorikan sebagai RKK […]

» Read more

Segera Desak Kerajaan Hentikan Darurat, Bentang RMK-12 – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kerajaan didesak untuk menghentikan proklamasi darurat dengan serta merta, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selaku penyokong dalam usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020. Beliau berkata, pengumuman daripada kerajaan mengenai pengisytiharan darurat ini memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. “Apa yang perlu kita buat […]

» Read more
1 … 1,755 1,756 1,757 1,758 1,759 … 2,371