Kerajaan PH Raja Lelong Aset Negara – Azlan Man

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Mutakhir ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan satu lagi budaya baru mereka untuk tatapan rakyat Malaysia iaitu melelong aset negara, tempelak Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. Bidasnya, sejak menguasai kerajaan pusat, PH-Dap hanya pandai melelong aset-aset utama negara. “Ia bermula dengan penjualan IHH kepada Mitsui dari Jepun. Kalau nak disenaraikan memang banyak aset […]

» Read more

Aset Negara Dijual Lagi: Bukti PH Kegagalan Terbesar Negara… ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris melihat Pakatan Harapan (PH) dan seluruh pimpinannya adalah kegagalan terbesar yang pernah dihadapi rakyat dan negara kerana memilih PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan hari ini tidak ubah seperti ‘menang sorak kampung tergadai’. Menurut beliau seluruh rakyat Malaysia amat risau dengan tindakan kerajaan […]

» Read more

Kerajaan Pahang, Shell Malaysia Tandatangani MoU Pulihara Hutan

KUANTAN, 17 Sept – Kerajaan negeri Pahang hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Shell Malaysia Bhd bagi menjalankan kajian bersama mengenai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan negeri ini. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kajian yang akan dijalankan dalam tempoh sembilan bulan itu dilihat bakal membawa kesan positif terhadap keadaan alam sekitar sekaligus memberi manfaat […]

» Read more

Tak Masuk Akal… Menteri ‘Setahun Jagung’ Cetus Polemik Tapi Salahkan Penjawat Awam, Bidas Ahmad Said

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Dakwaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik wujud unsur sabotaj yang dilakukan oleh penjawat awam sehingga mencetuskan kekeliruan isu penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah tidak masuk akal, bidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Bahkan katanya dalam satu hantaran di Facebook, seolah-olah menjadi sifat pemimpin […]

» Read more

Muafakat Nasional Perjuangan Untuk Generasi Masa Hadapan – Shahrir

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata generasi muda adalah penyambung perjuangan yang akan mewarisi sesebuah negara. Justeru, katanya yang mustahak dalam perjuangan ini ialah untuk kepentingan generasi yang akan datang, rakyat, negara dan memperkukuhkan lagi jati diri serta  mempertahankan Perlembagaan negara. “Kita lihat bagaimana UMNO dan PAS bersatu dengan parti-parti lain […]

» Read more

Ratusan Juta Ringgit Diperlu Persiap Pembangunan Perlis Selari Negeri Maju Lain – MB Perlis

KANGAR, 17 Sept – Ratusan jutaan ringgit diperlukan Kerajaan Negeri dalam usaha mempergiat projek-projek pembangunan di negeri ini serta mempersiapkan negeri ini selari dengan negeri maju yang lain. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, projek sedia ada di negeri ini seperti Pelabuhan Darat Perlis (PIP-Perlis Inland Port), Jeti Sanglang dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) masih memerlukan suntikan kewangan […]

» Read more

Kepelbagaian Masyarakat Seharusnya Jadi Kekuatan Negara – MB Pahang

MARAN, 17 Sept – Kepelbagaian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya seharusnya menjadi kekuatan negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata soal perpaduan bukan perkara yang boleh dipandang ringan dan perlu sering diingatkan khususnya kepada golongan muda yang akan mewarisi pentadbiran negara masa depan. “Bagaimanapun, bila kita bercakap tentang pentingnya memelihara perpaduan, ada […]

» Read more

Tolak Dakwaan Rasis, Muafakat Nasional Dapat Sokongan Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menolak tanggapan pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa apa yang dilakukan UMNO-PAS bersifat perkauman atau rasis kerana dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jelas beliau, Muafakat Nasional lebih baik daripada PH dan majlis yang bermakna pada 14 Sept lalu adalah permulaan kepada langkah yang lebih jauh […]

» Read more

Muafakat Nasional: Jawapan kepada Mujahid Yusof Rawa

Saya tidak menyangka bahawa Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) oleh UMNO dan PAS mengundang prejudis yang bukan saja menebal. Tetapi sangat menghairankan. Bukan saja oleh DAP, itu tidak pelik dan kita sudah sedia maklum. Tetapi oleh sesetengah pemimpin Melayu dalam Kerajaan. Pemimpin Islam. Malah pemimpin yang tugas rasminya menjaga perihal Islam. Menurut YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (PAN), HPU ibarat ‘wedding […]

» Read more

Perlis Sedia Bentuk Kerajaan Campuran – MB Perlis

KANGAR, 16 Sept – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS tetapi ia perlu diputuskan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti. “Kita masih lagi boleh mengajak PAS untuk menyertai kerajaan kita (negeri). Tak perlu pun ada Exco meletak jawatan yang telah dipegang. Masih ada ruang […]

» Read more
1 1,634 1,635 1,636 1,637 1,638 1,913