Kenyataan Tun M Bukti Manifesto PH Adalah Bohong Dan Fitnah

BATU PAHAT, 5 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Annuar Nasarah berkata, kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kandungan manifesto mereka adalah satu perangkap untuk Barisan Nasional (BN) memandangkan mereka tidak menyangka akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), membuktikan janji manifesto adalah satu pembohongan. Jelas beliau, ini juga secara tidak langsung menjawab segala […]

» Read more

Eksport, Import Negara Turun

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Jumlah perdagangan Malaysia berjumlah RM151.8 bilion pada Ogos, 2019, susut RM10.7 bilion atau 6.6 peratus berbanding Ogos 2018, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport menurun sedikit sebanyak 0.8 peratus kepada RM81.4 bilion tahun ke tahun, manakala eskport semula bernilai RM13.4 bilion, merekodkan penurunan sebanyak 0.3 peratus tahun ke […]

» Read more

Janji Dan Perancangan Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PH Hanya Satu Mitos

ALOR SETAR, 4 Okt – Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, segala perancangan dan janji kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH) hanyalah sebuah cerita mitos yang tidak boleh dipercayai. Jelas beliau, semuanya hanya sedap didengar tetapi tidak ada satu pun perancangan kerajaan negeri yang dilaksanakan. “Sudahlah mereka tidak meneruskan segala perancangan pembangunan kerajaan terdahulu pimpinan […]

» Read more

PH Jangan Malu Buat Pusingan U Lagi

ALOR SETAR 4 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta tidak malu membuat pusingan U dan ‘bermuka tembok’ dengan mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) demi meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob secara sinis berkata, rakyat sudah biasa dengan sikap PH itu yang sering kali menyalahkan kerajaan sebelum ini tetapi pada masa sama […]

» Read more

GST Akan Dikembalikan, Rakyat Ditipu Lagi? – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat kerana berbohong mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), rakyat tertipu dan percaya tentang omongan keburukan GST serta percaya tentang kebaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) walhal ia sebaliknya, tegas Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kini katanya, Kerajaan PH […]

» Read more

UMNO Berlapang Dada, Ambil Sikap Terbuka Hadir Kongres Maruah Melayu – Annuar

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu dan sebagai pelopor bersama Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS, parti itu berlapang dada dan mengambil sikap terbuka untuk hadir Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini. Menurut beliau parti berkenaan mengikuti perkembangan dan perbincangan yang menyentuh kepentingan orang Melayu […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2019 Dipinda 4 – 7 Dis, Tumpu PRK Tanjung Piai

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2019 dipinda ke 4 – 7 Dis depan untuk parti memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Parlimen Tanjung Piai, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen P.165 Tanjung Piai pada 16 November, Sabtu dan secara kebetulan bersamaan […]

» Read more

PH Sedia Perkenal Semula GST: Ada Lagu ‘ABCDGST’ Versi 2.0 Tak? Antara Persoalan Dr Wee

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sinis melontarkan persoalan apakah lagu ‘ABCDGST’ nyanyian Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng, kini Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching akan terdapat versi 2.0. Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menimbulkan persoalan demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata kerajaan […]

» Read more

Dakwa Dilatih: Ianya Mustahil! Tiada Siapa Boleh Tentukan Pendengaran PAC

KUALA LUMPUR, 3 Okt – “Anggota-anggota pembangkang dalam PAC biasanya akan menyoal siasat saksi-saksi dalam pendengaran-pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan mereka hanya akan berhenti setelah tiada lagi soalan yang hendak ditanya, dan inilah yang sepatutnya berlaku!” Demikian bidas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung dakwaan bekas ketua pegawai ekeskutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral […]

» Read more

Dipanggil Debat Kit Siang Lari… Tapi Tipu, Keluar ‘Fake News’ Hari-hari, Bidas Najib

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Penipuan yang dilakukan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang semakin hebat, tempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu hantaran di Facebook. Tegas Ahli Parlimen Pekan itu, hari ini Kit Siang mengeluarkan lagi kenyataan awam menuduh Najib disenaraikan oleh Wikipedia sebagai nombor satu kleptrokrat berdasarkan senarai Transparency pada tahun 2004. […]

» Read more
1 1,620 1,621 1,622 1,623 1,624 1,911