Dipanggil Debat Kit Siang Lari… Tapi Tipu, Keluar ‘Fake News’ Hari-hari, Bidas Najib


KUALA LUMPUR, 3 Okt – Penipuan yang dilakukan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang semakin hebat, tempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu hantaran di Facebook.

Tegas Ahli Parlimen Pekan itu, hari ini Kit Siang mengeluarkan lagi kenyataan awam menuduh Najib disenaraikan oleh Wikipedia sebagai nombor satu kleptrokrat berdasarkan senarai Transparency pada tahun 2004.

Uncle. Kalau nak tipu pun perlu pakai sikit otak. 1MDB tak wujud pada tahun 2004 dan saya pun bukan lagi Perdana Menteri atau Timbalan Menteri.

“Apa tahap penipuan ini? Sesiapa pun tahu laman Wikipedia boleh diedit oleh orang awam. Korang pergi edit page Wikipedia itu untuk masukkan nama saya.

“Lepas tu, kamu (Kit Siang) buat kenyataan umum kata kamu sedih?” bidas Najib.

Mengulas lanjut, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan telah banyak kali mencabar Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengaku bahawa wang yang disebut RM2.6 bilion sudah dikembalikan kepada penghantar empat bulan kemudian.

“Dah banyak kali pun perkara ini sudah dimaklumkan dalam mahkamah. Kamu masih buat tak tahu ke dan masih mahu tuduh saya simpan dana itu ke?

“Panggil debat, ko lari. Tapi mahu hari-hari tipu lagi – siap kuat mempromosikan filem The Kleptrokrat yang diterbit oleh anak George Soros itu,” katanya.

Tambah Najib, bapa kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu kini kononnya sentiasa berkata mahu memerangi berita palsu tetapi dalam masa yang sama sering mengeluarkan berita palsu.

“Tiap-tiap hari Kit Siang zikir nak perangi ‘fake news’.

“Tiap-tiap hari pula, Kit Siang rajin keluarkan ‘fake news’ baru,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE