Solidariti Untuk Presiden UMNO, Sokongan Ahli Dari Semua Peringkat

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Sokongan yang tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO dari pelbagai peringkat apabila turut hadir dan berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menunjukkan solidariti kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Antara pemimpin tertinggi UMNO yang hadir adalah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri […]

» Read more

“Hadapi Dendam Politik, Pertuduhan Politik, Hukuman Politik, Mangsa Politik” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sentiasa kreatif dengan nukilan-nukilan dan bidalan-bidalannya hari ini tampil dengan kicauan terbaharu di ‘twitter’nya tadi. Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengungkap sebuah nukilan, jika diselusuri ditujukan khusus kepada senario politik semasa tanah air terutama pasca pilihan raya umum (PRU) ke-14. Dalam twitnya itu, beliau mengatakan […]

» Read more

Solidariti Bersama Zahid Penuh Semangat, Pertahan Institusi Presiden

PUTRAJAYA, 19 Okt – Suasana di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi bergema dengan laungan dan ucapan para pimpinan UMNO dan pelbagai peringkat kumpulan lain yang sama-sama berkumpul bagi menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditahan untuk pendakwaan. Para pneyokong yang terdiri daripada pimpinan dan ahli serta pendokong parti serta mereka yang […]

» Read more

Pendakwaan Zahid : Adakah Berdasarkan Merit Undang-Undang Atau Bermotif Politik?

KUALA LUMPUR, 18 Okt – UMNO Negeri Terengganu berasa dukacita atas penahanan dan pendakwaan ke atas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ujar Pengerusinya Datuk Seri Mahdzir Khalid. Menurutnya, UMNO Terengganu menghormati proses perundangan negara, namun sejak kebelakangan ini telah wujud persepsi bahawa pendakwaan dan pengguguran kes bukan lagi berdasarkan merit undang-undang tetapi lebih kepada kecenderungan politik. “Dalam keadaan […]

» Read more

Ahmad Zahid Tolak Ikat Jamin – Isteri

PUTRAJAYA, 18 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya bagi membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan SPRM. “Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad […]

» Read more

Tol ‘Free’ Dah Jadi Mimpi, Najib ‘Petik’ Kit Siang?

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Kedangkalan menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) dalam menjawab dan menyelesaikan sesuatu isu membuatkan mereka sering menjadi bahan di’troll’. Jika sebelum ini antara yang pernah menjadi ‘mangsa’ adalah seperti Menteri Kewangan, Menteri Industri Asas Tani, Menteri Pendidikan serta Menteri Belia dan Sukan, terbaru giliran Menteri Kerja Raya pula. Hari ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib […]

» Read more

Cara Jahat Kezaliman 1998 Seperti Mahu Diulangi Pada Tahun 2018

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini nampaknya masih berusaha keras supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap jahat oleh masyarakat apabila cuba mengaitkan pemimpin Islam itu kononnya menggunakan wang 1MDB, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. Ujarnya, sekian lama sejak 1998 Dr Mahathir berjaya memberi label […]

» Read more

“Bina Jambatan Kecil Pun Tidak Mampu, Bagaimana Nak Buat Jambatan Bengkok?” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Okt – “Kerajaan Singapura pun tidak setuju dengan pembinaan jambatan bengkok jadi jambatan ni nak ‘landing’ di tanah mana…?” itu persoalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berhubung cadangan untuk melaksanakan semula projek jambatan bengkok yang pernah menjadi agenda Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas beliau, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya mengutamakan keperluan […]

» Read more

Tindakan Menteri Melangkaui Kuasa Speaker Ditempelak Ahli Parlimen Kerajaan Sendiri

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Dewan Rakyat hari ini meriah apabila Ahli Parlimen kerajaan sendiri mempersoalkan tindakan menteri yang melangkaui bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat. Ini terjadi apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Sungai Petani Datuk Johari Abdul membangkitkan isu bidang kuasa Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang mengenakan larangan merokok di Parlimen bermula kelmarin. Johari menegaskan bahawa menteri tiada […]

» Read more

UMNO Selangor, P. Pinang Berdiri Teguh Pertahan Presiden

KUALA LUMPUR, 18 Okt – UMNO Selangor menyatakan sokongan penuh dan akan terus berdiri teguh bersama Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menghadapi tekanan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini. Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Datuk Seri Presiden dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini. […]

» Read more
1 1,606 1,607 1,608 1,609 1,610 1,663