Wee Jeck Seng Calon BN PRK Tanjung Piai

TANJUNG PIAI, 30 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad mengumumkan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 55, sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Parlimen Tanjung Piai. Dalam sidang medianya malam ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu berkata pucuk pimpinan BN sebulat suara bersetuju dengan pencalonan tersebut. Tambah Ir Hasni, […]

» Read more

Ambil Tanah Kg. Baru Secara Paksa, Kerajaan Tidak Ada Hak – Ismail Sabri

  KUALA LUMPUR, 29 Okt – “Saya tidak tahu Menteri Wilayah nak guna undang-undang bawah mana… kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tanah di Kampung Baru untuk tujuan komersial, salah di sisi undang-undang,” ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, Akta Pengambilan Semula Tanah 1960 Seksyen 3(A) jelas menyatakan kerajaan hanya boleh mengambil balik tanah sesiapa sahaja […]

» Read more

PRK Tg Piai: BN Fokus Untuk Menang, Cepat Atau Lambat Umum Calon Bukan Isu

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cepat atau lambat calon Barisan Nasional (BN) diumumkan bukan satu isu kerana yang pasti BN akan mengetengahkan calon terbaik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Jelas beliau, fokus utama BN adalah memastikan kemenangan BN. “Kita akan lawan habis-habisan, itu yang penting. Umum calon BN pula bila-bila […]

» Read more

LGE Bakal Diiktiraf Menteri Kewangan Paling Dangkal, Tak Sehebat Dilaungkan – Shahrir

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Lim Guan Eng (LGE) bakal diiktiraf sebagai menteri kewangan yang paling dangkal kerana sudahlah ekonomi negara merundum, rakyat terbeban dengan kos hidup yang meninggi dan kini, kewangan kerajaan pun terjejas, kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Jelasnya, belanjawan negara melibatkan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan namun apabila pendapatan berkurangan kerana cukai-cukai […]

» Read more

PRK Tg Piai: PH Tertipu Helah Sendiri – Hasni

TANJUNG PIAI 28 Okt- Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Pakatan Harapan (PH) tertipu dengan helah mereka sendiri kerana menjangkakan BN akan mengumumkan calon pada petang tadi sehingga mereka mengubah jadual asal mereka. Jelas beliau, pada hari ini BN akan melancarkan jentera dan bukannya mengumumkan calon PRK Tanjung […]

» Read more

PRK Tanjung Piai: Masuk Gelanggang Wajib Menang – Zahid

TANJUNG PIAI, 28 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekarang ini BN wajib menang apabila memasuki gelanggang pilihan raya termasuklah bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Menurutnya, ini ditambah berdasarkan kajian dan kehendak rakyat yang mahukan BN kembali mewakili suara-suara mereka di Parlimen setelah Pakatan Harapan (PH) tidak mahu menunaikan janji-janji […]

» Read more

Kerajaan Terbina Atas Fitnah Akan Runtuh Sendiri – Dr Ahmad Zahid

BENTONG, 27 Okt – “Saya pernah sebut berkali-kali, kerajaan yang terbina atas dasar fitnah akan runtuh dengan fitnah mereka sendiri,” ujar Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau, ini terbukti apabila kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal untuk menunaikan janji yang akhirnya membuatkan rakyat sedar mereka sudah tertipu. “Rakyat sudah sedar dan menyesal tapi kena tunggu beberapa […]

» Read more

Muafakat Nasional Landskap Terbaik Hala Tuju Parti – Wan Rosdy

BENTONG, 27, Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, masalah dalaman parti harus dikurangkan sebaik mungkin agar undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti tidak berpecah. Jelas beliau, penyatuan ummah dan Muafakat Nasional adalah satu langkah terbaik untuk memberikan gambaran kepada rakyat hala tuju parti maka, segala permasalahan dalaman harus ditangani dengan […]

» Read more

Kepimpinan Dan Ahli UMNO Mesti Terus Perkukuh Perpaduan – Dr Shamsul Anuar

KUALA TERENGGANU, 26 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan kepimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat mesti terus memperkukuhkan perpaduan sesama sendiri. Katanya, perkara ini penting bagi membolehkan UMNO terus kuat dalam menghadapi suasana politik yang semakin mencabar ketika ini. “Kepimpinan UMNO telah dan sedang mengadakan pelbagai program antaranya Kursus Pentadbiran, Ceramah Penerangan, dan Konvensyen […]

» Read more

Jika PH Runtuh, Itu Masalah Mereka… Jangan Salahkan Pembangkang – Annuar Musa

KUALA TERENGGANU, 26 Okt – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, sebarang masalah yang timbul dalam Pakatan Harapan (PH) adalah masalah mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan pembangkang. Jelas beliau, sekiranya PH ‘runtuh’, itu bukan salah pembangkang kerana keutamaan UMNO kini adalah memperkukuhkan hubungan dengan PAS dan mempersiapkan parti untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 […]

» Read more
1 1,603 1,604 1,605 1,606 1,607 1,910