Muafakat Nasional Landskap Terbaik Hala Tuju Parti – Wan Rosdy

BENTONG, 27, Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, masalah dalaman parti harus dikurangkan sebaik mungkin agar undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti tidak berpecah.

Jelas beliau, penyatuan ummah dan Muafakat Nasional adalah satu langkah terbaik untuk memberikan gambaran kepada rakyat hala tuju parti maka, segala permasalahan dalaman harus ditangani dengan baik agar ia tidak merosakkan permuafakatan tersebut.

“Saya harap menjelang PRU-15 pucuk pimpinan parti akan buat keputusan yang bijak agar undi tidak berpecah saya percaya penyatuan ummah akan berpihak kepada kita.

“Walaupun saya faham memang mustahil untuk ‘kosong’ masalah dalaman tapi ia harus ditangani sebaiknya,” ujar beliau ketika berucap dalam program Konvensyen UMNO peringkat Negeri Pahang hari ini.

Bercakap mengenai kemajuan Negeri Pahang Wan Rosdy menjelaskan, walaupun Pahang adalah negeri pembangkang namun ia telah berjaya mengutip hasil yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya.

“Landskap politik sekarang telah berubah. Pentadbiran Pahang tidak sama dengan kerajaan persekutuan tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh berusaha sendiri.

“Says tidak mahu mengadap Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) untuk minta bantuan jadi kita telah berusaha untuk tingkatkan hasil dan alhamdulillah kita berjaya.

“Oleh itu dalam bajet Negeri Pahang nanti saya akan umumkan bonus untuk kakitangan kerajaan,” ujar beliau.

Wan Rosdy turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang memberi kerjasama yang baik sehingga segala urusan negeri berjalan dengan baik.

“Di sini saya beri jaminan, kerajaan negeri mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua pihak termasuk MIC dan MCA.

“Oleh itu, kita Pahang akan turun ke PRK Tanjung Piai untuk membantu kempen bagi memastikan BN menang di sana,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.